Judul : ‘BUKIT AMAN CUKUP BUKTI, TAK PERLU PANGGIL CLARE’ – SALAHUDDIN
link : ‘BUKIT AMAN CUKUP BUKTI, TAK PERLU PANGGIL CLARE’ – SALAHUDDIN
‘BUKIT AMAN CUKUP BUKTI, TAK PERLU PANGGIL CLARE’ – SALAHUDDIN
Parti Amanah Negara (AMANAH) mendakwa Bukit Aman mempunyai cukup bukti untuk menyiasat Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak berkaitan bayaran RM9.5 juta kepada peguam terkemuka, Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah.
Timbalan presiden AMANAH, Salahuddin Ayub berkata hal itu menyebabkan Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar tidak perlu memanggil EditorSarawak Report Clare Rewcastle-Brown datang ke Malaysia untuk membantu siasatan.
“Sebagai institusi kepolisan yang utama negara kita, saya sangat yakin Bukit Aman ada semua bukti. Tapi jangan Ketua Polis Negara berdolak dalih dan bermain sandiwara (seperti) baling batu sembunyi tangan yang konon jemput Clare datang sini.
“Bukit aman sarat dengan dokumen nak dakwa Najib, tak payah dakwa banyak pihak kerana bukti yang diperolehi oleh Bukit Aman sudah mencukupi,” Salahuddin berkata demikian kepada pemberita dalam sidang media di Wisma AMANAH, di Kuala Lumpur hari ini.
Salahuddin turut mendakwa beberapa individu penting seperti bekas Peguam Negara Tan Sri Abdul Ghani Patail, bekas Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail, bekas Gabenor Bank Negara Tan Sri Zeti Akhtar Aziz, bekas Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Tan Sri Abu Kassim Mohamed tidak disambung tugas.
Clare hari ini menangkis saranan Khalid supaya datang ke Malaysia bagi membantu siasatan polis.
Khalid mengulangi gesaannya itu pagi ini, tetapi pada masa sama, berkata tidak dapat menjamin laluan selamat buat Clare.
Ia berkaitan dakwaan Sarawak Report terhadap Muhammad Shafee yang menerima RM9.5 juta daripada Najib selaku pendakwaraya dalam kes liwat membabitkan Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Anwar kemduian mengemukakan saman pemula untuk mengketepikan sabitan liwat terhadapnya.
Dalam saman itu, Anwar yang menamakan kerajaan sebagai defendan tunggal memohon pengisytiharan bahawa sabitan kesnya tidak sah dan ultra vires atau di luar bidang kuasa perlembagaan mengenai kebebasan.
Anwar sedang menjalani hukuman penjara lima tahun selepas Mahkamah Persekutuan mengekalkan sabitan bersalah pada 10 Februari 2015.
Pembangkang mendakwa laporan Sarawak Report membuktikan wujudnya konspirasi politik terhadap Anwar, yang berulang-kali mendakwa pertuduhan berkenaan adalah kosnpirasi politik.
Malaysiakini tidak dapat mengesahkan kesahihan laporan Sarawak Report itu.
Najib sebelum ini berulang kali menafikan beliau menyalahgunakan dana awam untuk kepentingan peribadi.
– M’kini
.
✍ Sumber Pautan : ☕ Malaysia Chronicle
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2rgqQWX
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Appear First on Khabar Melayu
Demikianlah Artikel ‘BUKIT AMAN CUKUP BUKTI, TAK PERLU PANGGIL CLARE’ – SALAHUDDIN
Anda sekarang membaca artikel ‘BUKIT AMAN CUKUP BUKTI, TAK PERLU PANGGIL CLARE’ – SALAHUDDIN dengan alamat link https://khabarmelayu.blogspot.com/2017/06/bukit-aman-cukup-bukti-tak-perlu.html