Grab dedah kadar kemalangan pemandunya enam kali ganda lebih rendah

Grab dedah kadar kemalangan pemandunya enam kali ganda lebih rendah - Hallo sahabat KHABAR MELAYU, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Grab dedah kadar kemalangan pemandunya enam kali ganda lebih rendah, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Khabar, Artikel Malaysia, Artikel Melayu, Artikel News, Artikel Perniagaan, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Grab dedah kadar kemalangan pemandunya enam kali ganda lebih rendah
link : Grab dedah kadar kemalangan pemandunya enam kali ganda lebih rendah

Baca juga


Grab dedah kadar kemalangan pemandunya enam kali ganda lebih rendah

KUALA LUMPUR: Perkhidmatan e-hailing terbesar di Asia Tenggara, Grab mendedahkan syarikat itu berjaya merekodkan kadar kemalangan sebanyak enam kali ganda lebih rendah berbanding angka purata kemalangan kebangsaan Malaysia.

Menurut kajian “Moving SEA Together” yang diterbitkan Grab sempena ulangtahun penubuhan syarikat kelimanya, syarikat itu turut menyaksikan kadar kemalangan yang rendah sebanyak enam kali ganda di Vietnam, lima kali ganda lebih rendah di Indonesia dan Thailand serta tiga kali ganda lebih rendah di Singapura dan Thailand.

Angka berkenaan diperolehi menerusi program keselamatan kalangan pemandunya serta dibantu inovasi yang dilaksanakan Grab melalui program telematiknya.

Sehingga kini menerusi program telematik ia berjaya mengurangkan 35 peratus kadar kes pemanduan laju menerusi tempoh ujian yang disertai penunggang “GrabBike’.

Grab juga bercadang untuk mengembangkan program telematik, ke semua pasarannya di Asia Tenggara.

Menerusi program telematik penguna Grab kini bukan sahaja boleh mengawasi kelajuan, tetapi turut mengalakkan pemanduan selamat dengan mengesan tingkah laku pemanduan seperti brek, pecutan dan belok yang dibuat secara tidak selamat.

“Kami sudah banyak melaksanakan tambah nilai kepada program ini dan anda tidak lagi berasa bimbang untuk mengunakan teksi kerana kini adanya Grab,” jelas Pengasas Bersama Grab, Tan Hooi Ling.

“Grab juga berupaya mengurangkan kadar kemalangan jalan raya sebanyak lima kali ganda daripada kadar kebangsaan,” katanya.

Statistik menunjukkan, walaupun Asia Tenggara hanya mempunyai lapan peratus populasi dunia, tetapi ia merekodkan 25 peratus daripada jumlah kemalangan maut dunia.

Ketika ini perkhidmatan Grab ditawarkan di 55 bandar di tujuh negara ASEAN, termasuk Malaysia, Singapura, Indonesia, Filipina, Thailand, Vietnam dan terbaru Myanmar dan merekodkan purata 2.5 juta perjalanan setiap hari.

Laporan “Moving SEA Together” turut menunjukkan penumpang Grab berupaya untuk mengurangkan tempoh perjalanan sehingga 53 peratus bagi di Malaysia, berbanding penumpang pengangkutan awam lain.

Ia juga merekodkan peningkatan penyertaan 176 peratus pemandu baru di Malaysia berbanding tahun lalu.

Secara keseluruhannya hampir sejuta pemandu di tujuh negara ASEAN bergantung kepada Grab sebagai punca rezeki dengan jumlah peningkatan pemandu meningkat 340 peratus berbanding tahun 2013.



✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2rJADpA

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!



Appear First on Khabar Melayu


Demikianlah Artikel Grab dedah kadar kemalangan pemandunya enam kali ganda lebih rendah

Sekianlah artikel Grab dedah kadar kemalangan pemandunya enam kali ganda lebih rendah kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Grab dedah kadar kemalangan pemandunya enam kali ganda lebih rendah dengan alamat link https://khabarmelayu.blogspot.com/2017/06/grab-dedah-kadar-kemalangan-pemandunya.html

Subscribe to receive free email updates: