29 Mayat Nahas Pesawat Tentera Ditemui

29 Mayat Nahas Pesawat Tentera Ditemui - Hallo sahabat KHABAR MELAYU, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul 29 Mayat Nahas Pesawat Tentera Ditemui, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Khabar, Artikel Malaysia, Artikel Melayu, Artikel News, Artikel Perniagaan, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : 29 Mayat Nahas Pesawat Tentera Ditemui
link : 29 Mayat Nahas Pesawat Tentera Ditemui

Baca juga


29 Mayat Nahas Pesawat Tentera Ditemui



YANGON: Pasukan penyelamat menarik keluar kira-kira 29 mayat dari laut di luar pantai selatan Myanmar pada Khamis, dipercayai dari pesawat tentera yang hilang bersama 122 penumpang membabitkan askar, anggota keluarga dan kru.

Kira-kira 21 mayat dewasa dan lapan kanak-kanak ditemui di Laut Andaman berhampiran bandar tepi pantai Launglon oleh kapal tentera laut dan nelayan.

"Saya hanya mahu menangis, saya hilang segala-galanya," kata Yuzana, 19, yang kehilangan ibu, bapa dan adik lelaki yang menaiki pesawat malang itu.

Penerbangan mingguan dari beberapa bandar tepi pantai ke bandar terbesar Myanmar di Yangon itu sepatutnya adalah masa berkumpul buat Yuzana yang tidak berjumpa keluarganya selama dua tahun.

Sejumlah besar kakitangan penyelamat di perkampungan nelayan di Sanlan, terletak 600 kilometer dari Yangon, melawan cuaca buruk untuk menarik mayat ke pantai.

Seorang pegawai tentera yang terbabit dalam usaha menyelamat itu, Hla Thein, berkata kebanyakan mayat berkecai dan setakat ini tiada mangsa memakai jaket keselamatan.

Puluhan saudara mangsa nahas berkumpul di sebuah pusat krisis di pangkalan tentera di bandar tepi pantai Myeik.

Kira-kira sembilan kapal tentera laut, lima pesawat tentera dan dua helikopter akan meneruskan pencarian hari kedua, dibantu bot nelayan, kata tentera.

Tentera berkata, pesawat pengangkut buatan China Y-8-200F terputus hubungan 29 minit sejurus berlepas ketika terbang pada ketinggian 18,000 kaki (5,485 meter) di ruang udara Laut Andaman, sejauh 70 kilometer di barat bandar Dawei. - Reuters



✍ Sumber Pautan : ☕ SARAWAKIANA

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2skuC5q

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!



Appear First on Khabar Melayu


Demikianlah Artikel 29 Mayat Nahas Pesawat Tentera Ditemui

Sekianlah artikel 29 Mayat Nahas Pesawat Tentera Ditemui kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel 29 Mayat Nahas Pesawat Tentera Ditemui dengan alamat link https://khabarmelayu.blogspot.com/2017/06/29-mayat-nahas-pesawat-tentera-ditemui.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :