3 Muka Baharu Dilantik Ahli Lembaga Pengarah FMLLP

3 Muka Baharu Dilantik Ahli Lembaga Pengarah FMLLP - Hallo sahabat KHABAR MELAYU, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul 3 Muka Baharu Dilantik Ahli Lembaga Pengarah FMLLP, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Khabar, Artikel Malaysia, Artikel Melayu, Artikel News, Artikel Perniagaan, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : 3 Muka Baharu Dilantik Ahli Lembaga Pengarah FMLLP
link : 3 Muka Baharu Dilantik Ahli Lembaga Pengarah FMLLP

Baca juga


3 Muka Baharu Dilantik Ahli Lembaga Pengarah FMLLP

ISKANDAR PUTERI – Perkongsian Liabiliti Terhad Bola Sepak Malaysia (FMLLP) melantik tiga muka baharu untuk menganggotai Lembaga Pengarahnya.

Pelantikan dibuat dalam Kongres Pertama FMLLP 2017 di sini hari ini.

Menurut Ahli Lembaga Pengarah FMLLP merangkap Timbalan Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Datuk Seri Subahan Kamal, mereka ialah Marzuki Sulong dari Persatuan Bola Sepak Negeri Terengganu (PBSNT), Ismail @ Rozali Dolhan dari Persatuan Bola sepak Sarawak (FAS) dan Mustaza Ahmad dari UiTM FC.

Pelantikan itu melengkapkan jumlah ahli lembaga pengarah yang kini terdiri daripada Subahan, Datuk Hamidin Mohd Amin, Datuk Wira Yusoff Mahadi dan Mohd Jaifuddin Bujang Mohidin dari FAM.

“Kesepakatan dalam melantik tiga ahli lembaga pengarah dari kalangan 24 pasukan yang bertanding dalam Liga Malaysia adalah untuk pasukan yang bertanding mempunyai suara dan pandangan dalam FMLLP, sekal igus memantapkan organisasi,” katanya dalam sidang media sejurus tamat kongres berkenaan.

Ditanya mengenai kritikan sesetengah pihak yang menyifatkan FMLLP masih berlembut dalam mengambil tindakan ke atas pasukan yang gagal melunaskan gaji pemain, Subahan berkata perkara itu sememangnya dipandang serius pihaknya terutama Presiden FAM Tunku Ismail Sultan Ibrahim.

“Adalah penting untuk kita membawa perubahan dan untuk melakukan perubahan itu, kita mesti berani dalam membuat keputusan.

“Saya rasa kita sedang menuju ke arah itu dan saya tidak nafikan dariada apa juga keputusan yang dibuat baru-baru ini, mungkin ada pasukan yang tidak berasa gembira kerana keputusan tidak memihak kepada mereka.

“Tetapi apapun, ia untuk status liga yang lebih bermutu seperti ditekankan Presiden FAM,” katanya.

Dalam pada itu Ketua Pegawai Eksekutif FMLLP, Kevin Ramalingam berkata setakat ini terdapat lima pasukan masih belum dalam landasan untuk mendapatkan pelesenan kelab pada persaingan Liga M musim depan.

Sebanyak tujuh pasukan pula sudah menepati kriteria untuk mendapatkannya, katanya.

“Kita telah memberitahu mereka siapa yang berada atas landasan dan siap yang agak ketinggalan. Saya pasti mereka mengambil perhatian mengenainya.

“Malah ketika ini kita sudah mula bertemu mereka untuk membuat dokumentasi kerana apa yang kita lakukan ialah bukan sahaja mengeluarkan lesen (bagi pasukan) tetapi turut memastikan ia berada dalam kriteria yang bagus,” katanya. – BERNAMA

Loading...



✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2rgSsvc

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!



Appear First on Khabar Melayu


Demikianlah Artikel 3 Muka Baharu Dilantik Ahli Lembaga Pengarah FMLLP

Sekianlah artikel 3 Muka Baharu Dilantik Ahli Lembaga Pengarah FMLLP kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel 3 Muka Baharu Dilantik Ahli Lembaga Pengarah FMLLP dengan alamat link https://khabarmelayu.blogspot.com/2017/06/3-muka-baharu-dilantik-ahli-lembaga.html

Subscribe to receive free email updates: