Judul : 5 pengumuman 'gempak' di persidangan WWDC 2017 Apple
link : 5 pengumuman 'gempak' di persidangan WWDC 2017 Apple
5 pengumuman 'gempak' di persidangan WWDC 2017 Apple
KUALA LUMPUR: Ketua Pegawai Eksekutif Apple Tim Cook, dan beberapa pegawai atasan di syarikat teknologi itu mengumumkan beberapa produk dan penambahbaikan perisian di Worldwide Developers Conference (WWDC) 2017 yang berlangsung di San Jose, Amerika Syarikat pada Isnin.Antara produk yang dijangka bakal meraih perhatian peminat teknologi adalah pembesar suara atau speaker yang diberi nama HomePod yang dikawal oleh perisian suara Siri.
Beberapa penambahbaikan perisian adalah untuk beberapa produk yang bakal dilancarkan seperti iPhone 8 dan juga Apple Watch.
Berikut adalah lima produk atau penambahbaikan gempar yang diumumkan:
1. HomePod
HomePod merupakan sebuah speaker yang boleh dikawal dengan suara, atau lebih dikenali sebagai ciri Siri.
Speaker pintar ini boleh memberi cadangan muzik, menghantar mesej, dan mengawal beberapa peralatan di rumah seperti lampu dan suhu di dalam bilik.
Apple bakal mengeluarkan HomePod di Amerika Syarikat, Britain dan Australia pada Disember dengan harga $349 (RM1486.20).2. iOS 11
Beberapa ciri seperti Control Center, Apple Pay, Voice Assistant, GPS (Maps) dan App Store akan diberi penambahbaikan.
Sebagai contoh, ciri GPS (Maps) memaparkan had laju dan mengesan jika anda sedang bergerak di dalam kereta.
Oleh kerana itu, mereka yang menghantar mesej kepada anda akan menerima mesej automatik mengatakan anda sedang memandu.
3. Augmented Reality
Telefon pintar iPhone 8 akan mempunyai ciri realiti berperantara, atau augmented reality.
Untuk membangugkan ciri-ciri AR untuk pemaju aplikasi, Apple melancarkan platform AR Kit.
4. iPad Pro
Jika sebelum ini iPad Pro mempunyai paparan berukuran 9.7 inci, Apple kini bakal melancarkan tablet iPad Pro berukuran 10.5 inci dan 12.9 inci.
Selain saiz paparan yang lebih besar, Apple juga meningkatkan ruang penyimpanan dan akan menawarkan model 512 GB.
5. Penambahbaikan Mac dan MacBook
MacBook dan MacBook baharu akan mempunyai pemproses lebih pantas.
MacBook Pro 15 inci pula akan mempunyai grafik yang lebih laju.
Mac baharu pula akan mempunyai kapasiti memori yang lebih tinggi dan prestasi grafik yang lebih kukuh.
Apple juga bakal melancarkan iMac Pro dengan harga AS$4,999 (RM21,287.98).
Media antarabangsa melaporkan bahawa ia strategi syarikat ini untuk menyasarkan produk ini khusus untuk mereka di dalam bidang kreatif dan juga gamers.
✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2r0gSbh
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Appear First on Khabar Melayu
Demikianlah Artikel 5 pengumuman 'gempak' di persidangan WWDC 2017 Apple
Anda sekarang membaca artikel 5 pengumuman 'gempak' di persidangan WWDC 2017 Apple dengan alamat link https://khabarmelayu.blogspot.com/2017/06/5-pengumuman-gempak-di-persidangan-wwdc.html