Judul : Aci Belasah Budak Perempuan Direman 7 Hari
link : Aci Belasah Budak Perempuan Direman 7 Hari
Aci Belasah Budak Perempuan Direman 7 Hari
PETALING JAYA – Mahkamah Majistret hari ini mengeluarkan perintah reman terhadap seorang wanita warga emas kerana dipercayai memukul seorang kanak-kanak perempuan dengan menggunakan penggaru badan.
Perintah reman itu dikeluarkan Penolong Pendaftar, Hairol Azhar Mohd Ishak terhadap suspek berusia 62 tahun yang bermula hari ini hingga 13 Jun.
Permohonan reman itu dibuat mengikut Seksyen 117 Kanun Prosedur Jenayah bagi membolehkan siasatan terhadap wanita itu dijalankan mengikut Seksyen 31 (1) (a) Akta Kanak-kanak 2001.
Hukuman adalah penjara maksimum 10 tahun atau denda maksimum RM20,000 atau kedua-duanya, jika disabit kesalahan.
Sejak semalam, video berdurasi dua minit 50 minit menjadi tular di Facebook menunjukkan seorang wanita memukul seorang kanak-kanak berusia lingkungan enam tahun sekurang-kurangnya 30 kali.
Menerusi rakaman itu, kanak-kanak malang berusia lingkungan lima tahun itu dipukul nenek saudaranya kerana dipercayai gara-gara tertumpah air di atas meja makan dalam kejadian di Taman Puchong Perdana, Puchong. – MYNEWSHUB.CC
Appear First on Khabar Melayu
Demikianlah Artikel Aci Belasah Budak Perempuan Direman 7 Hari
Sekianlah artikel Aci Belasah Budak Perempuan Direman 7 Hari kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Aci Belasah Budak Perempuan Direman 7 Hari dengan alamat link https://khabarmelayu.blogspot.com/2017/06/aci-belasah-budak-perempuan-direman-7_6.html