Judul : Analisa Teknikal Mingguan 19 Jun – 23 Jun 2017
link : Analisa Teknikal Mingguan 19 Jun – 23 Jun 2017
Analisa Teknikal Mingguan 19 Jun – 23 Jun 2017
EURUSD – Analisa Mingguan 19 Jun – 23 Jun 2017 – Rujukan Chart TF Daily
Harga pasaran EUR/USD minggu lalu membuat kenaikan pada hari Rabu lalu dengan cuba menguji Key Resistance 1.1280 tetapi masih gagal untuk dibreakout. Ia kembali bearish dan membentuk bearish pin bar dan jika diperhatikan ia mencapai Key Support pada harga 1.1130. Walaubagaimanapun, EUR/USD kembali pulih semula Jumaat lalu dengan membuat kenaikan lebih kurang 40 pips selepas tidak berjaya untuk breakout Key Support.
Jadi pada minggu ini, target pergerakan lebih ke arah bullish selagi ia tidak breakout Key Support mingguan yang berada di sekitar harga 1.1130-1.1100 ini. Dengan momentum wave yang masih dikuasai pergerakan HL,HH,HL,HH, kebarangkalian untuk ia bullish masih tinggi ketika ini.
Jika breakout Key Resistance, target kenaikan mingguan yang berpotensi dicapai adalah sekitar harga 1.1350/60 ataupun ke harga yang lebih tinggi iaitu sekitar 1.4300 bagi membentuk new HH. Tetapi jika ia breakout Key Support, ia berpotensi untuk mencapai 1.1020 sebelum ia kembali bullish.
GBPUSD – Analisa Mingguan 19 Jun – 23 Jun 2017 – Rujukan Chart TF Daily
Seperti jangkaan, harga GBP/USD tidak breakout Key Support 1.2650 pada minggu lalu dan telah mencapai target bullish dengan membuat pergerakan lebih kurang 150 pips. Jika diperhatikan, sekiranya ia breakout resistance terhampir iaitu 1.2800, potensi adalah tinggi untuk ia mencapai ke harga yang lebih tinggi iaitu ke sekitar harga 1.2950 atau ke Key Resistance 1.3000.
Jadi secara teknikalnya, selagi harga GBP/USD tidak breakout Key Support 1.2560 – 1.2650, mood GBP/USD masih didominasi oleh pergerakan bullish ketika ini. Dan kebarangkalian untuk ia bullish ketika ini adalah tinggi berbanding bearish. Walaubagaimanapun, jika ia breakout Key Support 1.2650/1.2560 ini, mood bearish akan mulai dikuasai GBP/USD.
Oleh itu kesimpulannya, Key Support mingguan ini memainkan peranan yang penting untuk diperhatikan dan ia menjadi petanda aras untuk menentukan samaada GBP/USD masih berpotensi untuk bullish ataupun sebaliknya.
AUDUSD – Analisa Mingguan 19 Jun – 23 Jun 2017 – Rujukan Chart TF Daily
Minggu lalu, AUD/USD gagal untuk bearish setelah ia breakout Key Resistance yang berada di sekitar harga 0.7560 – 0.7600 dan mencapai harga tertinggi ke sekitar harga 0.7630. Jadi jika diperhatikan, kemungkinan minggu ia ia berpotensi untuk membuat kenaikan ke sekitar harga Key Resistane sebelum ia kembali bearish.
Pergerakan harga AUD/USD kini berpotensi untuk menguji Key Resistance sekitar harga 0.7730-0.7780 sekiranya ia masih berada di atas paras harga 0.7530 ketika ini. Target bearish adalah ke sekitar Key Support minggu ini iaitu 0.7530 dan jika breakout, ia berpotensi mencapai ke harga 0.7460/50. Oleh itu, peluang yang boleh untuk diperhatikan untuk ‘short’ adalah di sekitar harga 0.7665 – 0.7730.
USDJPY – Analisa Mingguan 19 Jun – 23 Jun 2017 – Rujukan Chart TF Daily
USD/JPY pada minggu lalu bearish lebih kurang 140 pips tetapi gagal untuk terus bearish disebabkan ia tidak breakout Key Support yang berada pada harga 109.30. Ia kembali pulih selepas pengumuman FOMC dan membuat kenaikan secara mendadak lebih kurang 220 pips.
Jadi, pada minggu ini, secara teknikalnya walaupun USD/JPY membuat kenaikan bullish minggu lalu, ia masih dalam momentum bearish ketika ini selagi ia tidak breakout Key Resistance 112.00. Ia dilihat berpotensi untuk bearish jika gagal untuk breakout harga 112.00 ini, dan target bearish minggu ini adalah ke sekitar harga di bawah paras 110.00.
Jika breakout Key Support 109.30 ini, target bearish minggu ini berpotensi tinggi untuk mencapai ke sekitar harga 108.30. Oleh itu, Key Resistance 112.00 minggu ini memainkan peranan yang penting untuk diperhatikan samaada USD/JPY akan terus bullish ataupun sebaliknya.
GBPJPY – Analisa Mingguan 19 Jun – 23 Jun 2017 – Rujukan Chart TF Daily
GBP/JPY pada minggu lalu bearish ke harga target seperti yang dijangkakan iaitu 138.90, tetapi ia gagal untuk terus bearish setelah tidak breakout Key Support tersebut. GBP/JPY mulai bullish oada Jummat lalu dengan membuat kenaikan lebih kurang 300 pips.
Jadi untuk minggu ini, jika diperhatikan GBP/JPY masih dalam momentum wave bearish(LH,LL,LH,LL) ketika ini dan harga di sekitar 142.00 – 143.64 berpotensi untuk membentuk new LH sebelum ia kembali bearish. Target bearish minggu adalah di sekitar harga 140.40/50 atau ke harga yang lebih rendah iaitu Key Support 138.90.
The post Analisa Teknikal Mingguan 19 Jun – 23 Jun 2017 appeared first on MOSHED.COM.
✍ Sumber Pautan : ☕ MOSHED.COM
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2ruFF8x
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Appear First on Khabar Melayu
Demikianlah Artikel Analisa Teknikal Mingguan 19 Jun – 23 Jun 2017
Anda sekarang membaca artikel Analisa Teknikal Mingguan 19 Jun – 23 Jun 2017 dengan alamat link https://khabarmelayu.blogspot.com/2017/06/analisa-teknikal-mingguan-19-jun-23-jun.html