Judul : Awal Tak Boleh Terlebih Makan Berminyak, Pedas
link : Awal Tak Boleh Terlebih Makan Berminyak, Pedas
Awal Tak Boleh Terlebih Makan Berminyak, Pedas
Selepas selamat menjalani pembedahan membuang hempedu (gallbladder) pada 5 Jun lalu, Awal Ashaari memberitahu keadaan kesihatan dirinya kini bertambah baik namun dia masih mengambil ubat tahan sakit.
“Saya baru dibenarkan keluar hospital tadi (kelmarin). Alhamdulillah saya okay. Tapi buat masa ini saya masih makan ubat tahan sakit, dalam sehari tiga kali,” katanya yang ditemui pada tayangan Syawal TV3 dan TV9 di hotel Mandarin Oriental, KL, kelmarin.
Menurut suami kepada pelakon Scha Al-Yahya ini lagi, dia kini perlu menjaga pemakanannya dengan betul dan memastikan dia tidak terlebih memakan makana yang berminyak dan pedas.
“Hendak kata berpantang tidak juga. Saya boleh makan tidak boleh terlebih makan makanan yang berminyak dan pedas.
“Mengikut kata doktor, kalau saya terlebih makan makanan yang berminyak atau pedas saya akan mengalami ciri birit. Jadi memang harus saya berhati-hati dari segi pemakanan sebab tak sangguplah kalau asyik keluar masuk tandas,” tuturnya.
Dalam pada itu, ercerita mengenai punca penyakit yang dihidapinya, Awal berkata sebenarnya dia sudah mengalami masalah sering sakit perut sejak di usia remaja lagi. Namun sangkanya cuma sakit biasa dan dia hanya makan ubat setiap kali di serang rasa sakit.
Pernah beberapa tahu lalu dia menjalani pemeriksaan namun keputusan tidak menunjukkan tanda-tanda dia mengalami penyakit serius. Sehinggalah baru-baru ini dia sekali lagi dia melakukan pemeriksaan dan doktor mendapati ada batu di dalam hempedunya.
“Sebenarnya sejak dari remaja lagi, saya selalu sakit perut. Tapi setiap kali rasa sakit, saya makan ubat kerana menyangka ia hanya sakit biasa. Pernah satu ketika, saya sukar benafas dan diserang sakit belakang. Sebelum ini saya ada buat pemeriksaan, tapi ketika itu tidak pula ada apa-apa yang serius.
“Sehinggalah baru-baru ini saya selepas mendapat khabar ayah saya disahkan mempunyai tumor, terus saya berasa risau dan itu yang membuatkan saya tergerak hati untuk jalani pemeriksaaan seluruh badan.
“Dan doktor mengesahkan ada batu yang sebesar biji asam di dalam hempedu saya. Saya dinasihatkan segera menjalani pembedahan kerana doktor mendapati ia seperti sudah membengkak,” katanya.
“Tapi ngeri juga lah apabila melihat semula batu yang dikeluarkan itu, ia seperti batu-batu yang ada di jalan raya. Ia kecil saja, rasa macam tidak berbaloi pula sampai saya kena buang hempedu tapi hendak buat macam mana, itu lah caranya untuk saya kembali sihat,” ujarnya sambil tertawa kecil.
Awal bagaimanapun berkata dia bersyukur kerana sekurang-kurangnya dia akan sihat seperti sedikala dalam tempoh seminggu dan boleh menyambut hari raya Aidilfitri.
“Itulah, nasib baik saya jalani pembedahan dalam bulan ini. Boleh lah beraya tapi saya tetap kena jaga makan lah,” katanya.
The post Awal Tak Boleh Terlebih Makan Berminyak, Pedas appeared first on Berita Viral.
✍ Sumber Pautan : ☕ Berita Viral
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2t1x65C
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Appear First on Khabar Melayu
Demikianlah Artikel Awal Tak Boleh Terlebih Makan Berminyak, Pedas
Anda sekarang membaca artikel Awal Tak Boleh Terlebih Makan Berminyak, Pedas dengan alamat link https://khabarmelayu.blogspot.com/2017/06/awal-tak-boleh-terlebih-makan-berminyak.html