Judul : Bahana Graduan dan Skim Cepat Kaya
link : Bahana Graduan dan Skim Cepat Kaya
Bahana Graduan dan Skim Cepat Kaya
BAHANA SKIM CEPAT KAYA
Assalamualaikum pembaca sekalian. Coretan ini saya titipkan buat pembaca yang fresh grad dan bakal grad tidak kira la sesiapon hendaknya. Jadikan coretan ini satu benteng dan pengajaran pada masa hadapan.
Sebelum tu,saya nak memperkenalkn diri,saya bukan lah dari UIA. Member belajar UIA tu ade la. Ngorat awek UIA pon ade. Tapi so far tak mengena pon sorang lagi. Emm to be noted. Single lagi. Heheh
Saya merupakan salah seorang pegawai kerajaan. Habis grad,alhamdulillah rezeki saya murah dan terus ditawarkan jawatan dalam sektor kerajaan bersama beberapa rakan yang lain.
Transisi dari status pelajar ke pekerja ni agak menjadi kejutan yang hebat juga la buat saya. Mana tak nye. Sebelum ni mase student. Nak berbelanja pon bercatu. Sejak menjadi pekerja. Pantang dapat gaji. Duit habis dijoli. Disana sini bak kata Senario. Hehe. Pinjaman belajar pon takde. Biasiswa sepenuhnya. Dengan keputusan cemerlang. Gaji memang bersih. Berbelanja sahaja tak ingat dunia. Hahaha
Anda rasa anda je seronok. Tapi ketahuilah anak muda. Para jerung di kota raya yg besar ini turut seronok memerhatikan anda. Slip gaji yang suci murni tanpa ada potongan komitmen ditambah dengan status pegawai kerajaan amat lah menggiurkan bagi jerung jerung yang rakus. Dengan slip gaji anda. Setakat pump personal loan RM200k di Bank Rakyat dalam masa 3 hari je settle tanpa ada sebarang masalah.
Disini lah bermula segalanya ,saya diperkenalkan satu Skim/Program menjana wang. Tanpa cari orang,tanpa jual barang. Wang bulanan dijanji tanpa gagal. Darah muda,pantang ada peluang akan direntap. Dijual dengan kata kata manis saya mengikat perjanjian dengan bermodal RM20k.SADIS
Terus terang,Saya merupakan ex ahli program ARAB bukan nama sebenar.Semperna nama sahabat Baginda. Islamik sangat. Berani saya katakan ia satu program Ponzi. Saya join tahun 2014 sehingga 2015. Setahun kontrak diikat. Tidak dijanjikan bulan dan bintang. Cukuplah sportcar dan gelaran Jutawan.huhu. Ilmu pengurusan kewangan langsung takde.Bermimpi bulan akan jatuh ke riba. Biasa la. Suci.
Untuk pengetahuan semua,rakan karib/sekerja saya sendiri merupakan leader dalam program ini. Saya turut serta akhirnya. Walau ada secalit perasaan was was. Saya buang jauh jauh dengan kata kata Takkan KAWAN NAK MAKAN KAWAN
Semasa dalam program tersebut. Saya dicabar dengan perasaan saya sendiri untuk mengetahui perjalanan bisnes yang saya libatkan ini. Pelbagai soalan saya utarakan. Majoritinya jawapan yang agak hampa saya dapat. Sehinggalah saya terbaca suatu artikel Bahasa Inggeris mengenai perjalanan bisnes scam berkonsepkan Ponzi Scheme.
Saling tak tumpah program didalam artikel tersebut dengan program yang saya terlibatini. Tanpa membuang masa. Saya terus acukan soalan soalan yang panas didalam grup wasap program itu. Isu riba,money game,BAFIA dan bermacam lagi
Leader merangkap kawan baik saya menafikan keras segala hujah dan soalan saya Atas alasan payment cantik,ade agreement,Pegawai KPNDKKK turut serta dalam bisnes dan dan bermacam alasan lain lagi. Butang agama sentiasa menjadi senjata yang ampuh. Menjana ekonomi Muslim. Banyak macai mase tu. Jilat tara ingat punya. Basah melekit. Ble sy up isu. Mmg kena bash la. Huhuhu
Cukup setahun kontrak. Saya bertekad menamatkan kontrak. Wang modal dikembalikan. Syukur tak collapse lagi. Huhu.Sejak tu kami(saya dan rakan) tak rapat sangat. Tapi xpela,namun
yang menjadi ralat sgt tu. 90% rakan2 sekerja saya join bisnes ni. Saya ajak kawan yang lain turut keluar bersama saya. Tapi biasa la. Payment cantik mase tu. Downline pon senang nk cari(ade insentif untuk setiap ahli baru yg direkrut). Sume reject kata2 sy. Dorang masuk bukan sikit ,memandangkan kami merupakan staff kerajaan, ade yang buat loan up to 200k!ade yg kua duit ASB. Parahhh
Dah nasihat dah,la ni saya perati je.
2 tahun dah berlalu,
Pelbagai hint saya lihat tanda kejatuhan skim ARAB ni
Antaranya.
Duit bulanan tidak lagi auto withdrawal ke akaun ahli. Sebaliknya melalui sistem yang dibangunkan oleh ARAB dahulu kemudian setelah disahkan. Baru masuk ke akaun. Ini atas alasan. Untuk jaga transaksi supaya tiada berlaku pnyelewengan. Padahal,ini semua memberi masa untuk ARAB hold duit. Supaya cashflow tak susut teruk satu hari nnti.
Hint lain,Disenarai hitamkan oleh BNM sendiri. Namun rakan yang lain berkeras mengatakan. BNM dapat info yang salah mengenai skim tersebut. BNM pon disalahkan. Huhuhu
Hint terbaik untuk collapse adlah bila ARAB meluaskn sayap ke Indonesia. Pada ahli ARAB itu satu bentuk kejayaan. Tp bg sy,itu tanda nk collapse. Itu menunjukkan pasaran Malaysia da makin tepu. Kawan2 siap ada yg pi indon. Hahah. Sapot bak kata org kampung sy.
Hint lain,ahli yang renew kontrak dapat semula modal PLUS 2k something konon sebagai hadiah. Bagi peserta ARAB,company perform well, bagi saya ini tanda ARAB nk jaga cashflow supaya orang continue dan setia dan ajak lebih ramai org. Puji melambung dari ahli. Duhh
Plus,company berpindah ke Indonesia. Nama comapny yg bertanggunggjawab turut berubah. Adakah agreement tu valid lg?maaf sy xdpt komen hal ni sbb sy xtau sgt dari segi perundangan.
Penasihat syariah yang digembar gemburkan tiba2 menarik diri dari program. Isu riba menjadi bahan yang panas di dalm skim ini.
Hujung tahun 2016.kecoh dalam grup,ARAB minta peserta transfer ke ARAB 2.0. Mulanya tiada sambutan.tiba2,jadi paksaan. Mase tu ade pertikaian. Ade plak seorang wanita di dalam grup ni memekak. U olls sume ni negatif. Camne nk tgk ARAB maju. Rilex la. Ade yg labur berjuta dlam ARAB. Rilex je HAHAHA
Term n condition yang sgt fishy untuk ARAB 2.0. Ini merupakan hint yg sgt dekat yg ARAB nk collapse.
Sepanjang tempoh kontrak. Tidak boleh quit ble2 mase. Tiada hibah bulanan. Konon dlam mase sethun dlam bila2 bulan duit bulanan/hibah bserta modal dapat kembali.
Saya beri contoh,katakan anda melabur 10k.kalau ikut program ARAB yang asal,anda dpat bulanan RM600 selama setahun plus bonus RM2k dan modal dikembalikan. Jadi total anda dpt RM19k something termasuk modal.
Dlam ARAB 2.0. Anda tidak akn dpt bulanan. Tapi total keuntungan anda akan dpt dlm masa sethun or less. Bagi peserta ARAB,ni sangat untung, mungkin dalam mse 2 3 bulan je keuntungan bersma modal dah dapat balik. Sume dok sapot la ni. Positif bak kata org kodiang
Tapi bagi saya ini lah tanda akhir ARAB utk collapse. Ini merupakan tanda ARAB betul2 tenat. Mereka membeli masa.
Katakn ARAB ade 100 org peserta. Bermodal 10k seorang. Total 1M dlam simpnan ARAB. Jika ARAB 1.0/asal ,Setiap
Bulan ARAB wajib keluarkan 60k utk bayar pserta.
Dengan ARAB 2.0,ARAB mungkin perlu keluarkan 20k sahaja or less. Cukup bayar 2 3 org sja utk
Bulan itu konon menunjukkan ARAB 2.0 membuahkan hasil. Dan turn pserta lain masih belum smpai. Ahli Perlu tunggu bulan lain. Jadi peserta/ahli x akan mengamuk dan akan terus menunggu turn.
Maka cashflow ARAB x tenat dan ada mase utk cabut bila2 mase. Licik
La ni pulak. Dah lame ARAB x bayaq.dah dekat 6 bulan. dah keras la nk membayar personal loan. Tiba2 ade pulak syarat klu acc da tamat tempoh kena bayar Rm35 untuk activate. Duit xdapat. Siap kena bayar lagi.ADUH.
Punya kelakar ARAB ni, dulu blame CIMB punca masalah yg kelewatan lambta bayar. Hampir 3 bulan masalah ni dijaja.
Tup tup tukar plak konon semua dah ditukar ke bank MANDIRI. Sebuah bank di indonesia. Hilang terus cerita salah CIMB.
Konon MANDIRI amik mase sebab perpindahan akaun la,forex issue la. Maybe isu ni plak akan dok jaja sampai 3 4 bulan.
Tiba2 sekarang syarikat induk GG(bukan nama sebenar) dan GGWP(syarikat induk di Indonesia) adalah 2 entiti berbeza.
Yang membawa ARAB sekarang adlah GGWP.
Peliknya ,agreement ahli bertulis dengan GG. Skang dah tukar ,So ape
Guna agreement tu???
Perkara yang saya takuti. Dah menjadi kenyataan. Sedih melihat rakan2 saya dipermaikan.
Jadi, ARAB ni bawah sape ni?? Jika dibawa ke muka pengadilan. Sudah tentu berlaku pelbagai isu. Dan ahli lebih condong kepada kekalahan.
Sudah 6 bulan wang bulanan gagal dibayar. Sejak dari akhir Tahun 2016 sehingga sekarang.
Ada rakan yang mula ditarik kereta. Duit habis bayar loan. Bergaduh suami isteri kerna hutang. Sedih sangat. Kami anak muda yang baru ingin membina keluarga. Dengan komitmen bulanan yang tinggi. Pasti sangat sesak utk meneruskan kehidupan.
Namun syarikat tidak putus2 membuat tajaan di kaca tv untuk meraih dan menjerat mangsa baru!Semuanya berbaur Islamik. Sangat mudah manusia menunggang agama!
Baru baru ini Timbul issu klu ahli ingin withdraw wang bulanan dari sistem sudah boleh dikeluarkan . Tapi bleh wdrw 20% from total dalam sistem. Atas alasan. Team ARAB nak manage in out duit yg konon overpaid. SEMBANG. Yes. Sembang! Itupon pelbagai syarat dikenakan. Ambil masa sehingga berbulan untuk dikeluarkan.menunggu harapan yang tak akan tiba. Sedihnya melihat rakan rakan diperbodohkan.
Disebabkan ketamakan dan tiada ilmu. Banyak rakan2 saya merana menanggung beban hutang. Rakan yang mula mengajak. Mula mendiamkan diri. Hilang kata kata riak dahulu. Nak dimarah. Bodoh sendiri kata orang tua.
Begitulah serba sedikit isu yang banyak menjerat fresh grad yang mula bekerja. Semoga coretan ini menjadi teladan untuk anda semua.
Graduan Insaf
Sumber & Kredit: iiumc
✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2r3AegA
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Appear First on Khabar Melayu
Demikianlah Artikel Bahana Graduan dan Skim Cepat Kaya
Anda sekarang membaca artikel Bahana Graduan dan Skim Cepat Kaya dengan alamat link https://khabarmelayu.blogspot.com/2017/06/bahana-graduan-dan-skim-cepat-kaya.html