Judul : Bekas Pengarah Urusan Malakoff Bakal Menjadi CEO Baharu Di FGV ?
link : Bekas Pengarah Urusan Malakoff Bakal Menjadi CEO Baharu Di FGV ?
Bekas Pengarah Urusan Malakoff Bakal Menjadi CEO Baharu Di FGV ?
KUALA LUMPUR: Pengarah Urusan Malakoff Corporation Bhd, Datuk Azhar Abdul Hamid yang melepaskan jawatannya semalam, disebut-sebut akan menjadi Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) baru untuk Felda Global Ventures Holdings Bhd (FGV).
Peletakan jawatannya secara mengejut mencetuskan spekulasi yang beliau bakal mengambil alih jawatan disandang Datuk Zakaria Arshad yang dipaksa bercuti oleh Lembaga Pengarah FGV. The Edge Financial Daily memetik sumber sebagai berkata, Azhar adalah pilihan baik berdasarkan pengalamannya dalam sektor perladangan.
Seorang lagi sumber memberitahu The Edge: “Kerajaan sedang mencari individu bebas, berkebolehan dan kuat dengan pengalaman banyak dalam sektor perladangan untuk memimpin FGV, dan Azhar nampaknya ialah calon sesuai.” Azhar yang merupakan akauntan bertauliah, dilantik sebagai pengarah urusan Malakoff pada 1 Mei 2016.
Terdahulu, beliau ialah Pengerusi Tradewinds Corp Bhd selepas melepaskan jawatan Presiden dan Pengarah Urusan kumpulan itu.
Beliau berkhidmat dalam pelbagai kapasiti dalam syarikat seperti Pernas International Holdings Bhd dan Tractors Malaysia Holdings Bhd. Beliau ialah pemangku presiden dan CEO kumpulan yang menyelia operasi seluruh Kumpulan Sime Darby sehingga Ogos 2010 sebelum menyertai Mass Rapid Transit Corp Sdn Bhd sebagai CEO pada 2011.
Beliau berkhidmat sehingga 2014. Pada 12 Jun, The Edge Malaysia melaporkan Azhar ialah calon yang disebut-sebut akan terpilih, selain 2 calon lain iaitu bekas Pengarah Urusan dan CEO Lembaga Tabung Haji, Tan Sri Ismee Ismail dan Tan Sri Mohd Bakke Salleh – Presiden dan CEO Sime Darby Bhd. Zakaria bersama 3 lagi pegawai kanan lain digantung tugas sejak 6 Jun lalu, sementara siasatan dijalankan ke atas dakwaan salah laku dalam urus niaga membabitkan syarikat Afghanistan bernama Safitex dan anak syarikat FGV, Delima Oil Products Sdn Bhd.
Semalam, Malakoff mengumumkan Azhar meletak jawatan sebagai Pengarah Urusan kumpulan selepas lebih setahun menyandang jawatan itu, berkuat kuasa 30 Jun ini, atas alasan peribadi dan profesional. The Edge Financial Daily melaporkan Habib Husin – Naib Presiden Eksekutif Operasi Malakoff, dilantik untuk memangku jawatan CEO berkuat kuasa 1 Julai ini. #sumber
Appear First on Khabar Melayu
Demikianlah Artikel Bekas Pengarah Urusan Malakoff Bakal Menjadi CEO Baharu Di FGV ?
Sekianlah artikel Bekas Pengarah Urusan Malakoff Bakal Menjadi CEO Baharu Di FGV ? kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Bekas Pengarah Urusan Malakoff Bakal Menjadi CEO Baharu Di FGV ? dengan alamat link https://khabarmelayu.blogspot.com/2017/06/bekas-pengarah-urusan-malakoff-bakal.html