Borak seks WhatsApp: Polis akan buktikan tiada konspirasi

Borak seks WhatsApp: Polis akan buktikan tiada konspirasi - Hallo sahabat KHABAR MELAYU, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Borak seks WhatsApp: Polis akan buktikan tiada konspirasi, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Khabar, Artikel Malaysia, Artikel Melayu, Artikel News, Artikel Perniagaan, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Borak seks WhatsApp: Polis akan buktikan tiada konspirasi
link : Borak seks WhatsApp: Polis akan buktikan tiada konspirasi

Baca juga


Borak seks WhatsApp: Polis akan buktikan tiada konspirasi

MALAYSIAKINI


GLOBAL | Polis Indonesia bertekad untuk mencari dalang yang menyebarkan sembang lucah didakwa berlangsung antara Rizieq Shihab dan seorang janda, Firza Husein baru-baru ini.

Namun Ketua Polis Metro Jaya Jakarta, Mochamad Iriawan, mengakui ia tidak mudah kerana sifat dunia atas talian yang terlalu luas.

"Dunia maya kan sangat besar," katanya seperti Kompas hari ini.

Menurut Iriawan ketika ini polis masih mengumpul keterangan daripada beberapa saksi dan berharap penyokong Rizieq dapat bersabar.

Pada masa sama, polis juga akan membuktikan siasatan yang dijalankan terhadap ketua umum Front Pembela Islam itu bukan diada-adakan atau berniat politik.

Katanya, polis akan mengemukakan bukti yang ada kepada peguam negara bagi menunjukkan siasatan dijalankan secara profesional.

Mochamad Iriawan berkata, bukti itu akan dibentangkan kepada peguam negara esok.

"Sememangnya tiada perancangan jahat dalam kes ini. Pihak berkuasa meletakkan Rizieq dan Firza sebagai suspek berdasarkan kepada bukti yang ada.

"Bukti itu pula ada banyak dan antara orang yang memberikannya ialah profesor," katanya lagi.
Rizieq, 51, dituduh terlibat dalam sembang lucah dengan Firza melalui aplikasi WhatsApp suatu ketika dulu. Mengikut undang-undang Indonesia, mereka boleh didakwa mengikut Akta Pornografi 2008.

Ia mengingatkan ramai orang kepada skandal seks penyanyi Ariel Noah (dulu dikenali sebagai Ariel Peterpan) dengan dua selebriti jelita Indonesia suatu ketika dulu.

Ariel didakwa mengikut akta sama dan dipenjara tiga setengah tahun selepas disabitkan bersalah.
Setakat ini tidak diketahui bagaimana salinan perbualan hal-hal atas ranjang itu terbocor kepada umum.

Bapa kepada tujuh anak itu menafikan terbabit dalam sembang seks berkenaan, namun setakat ini dia masih berlindung di Arab Saudi walaupun polis Indonesia sudah mengeluarkan waran tangkap ke atasnya.

Sementara itu Mochamad Iriawan menasihati Rizieq supaya pulang dan berdepan dengan siasatan polis.

"Lebih baik hadapi siasatan ini sebagai lelaki budiman. Nanti semasa disoal siasat dia boleh menjelaskan keadaan dan membuat pembelaan," katanya.

Jika didakwa dan disabitkan kesalahan, Rizieq dan Firza boleh dihukum penjara sehingga lima tahun.




Appear First on Khabar Melayu


Demikianlah Artikel Borak seks WhatsApp: Polis akan buktikan tiada konspirasi

Sekianlah artikel Borak seks WhatsApp: Polis akan buktikan tiada konspirasi kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Borak seks WhatsApp: Polis akan buktikan tiada konspirasi dengan alamat link https://khabarmelayu.blogspot.com/2017/06/borak-seks-whatsapp-polis-akan-buktikan.html

Subscribe to receive free email updates: