Judul : Budak 2 Tahun Jatuh Tingkat 1 Dalam Keadaan Berdiri
link : Budak 2 Tahun Jatuh Tingkat 1 Dalam Keadaan Berdiri
Budak 2 Tahun Jatuh Tingkat 1 Dalam Keadaan Berdiri
SEORANG budak lelaki dua tahun nyaris maut akibat terjatuh dari tingkat satu asrama Kolej Matrikulasi Pulau Pinang (KMPP), Kepala Batas, kelmarin.
Dalam kejadian kira-kira jam 10 pagi itu, mangsa, Muhd Firash Mikail, bagaimanapun mengalami patah paha kiri kerana terjatuh dalam keadaan berdiri.
Kanak-kanak itu dilaporkan berada di bangunan asrama itu bersama bapa, datuk dan neneknya semasa menghantar ibu saudaranya di sesi pendaftaran pelajar baru KMPP, Isnin lalu. Manakala, ibu mangsa, Che Nurshazwani Che Kamarul, 27, bekerja.
Menurut bapa mangsa Muhd Fakruzi Samsudin, 27, ketika kejadian dia memimpin tangga anaknya untuk turun dari bangunan itu bagaimanapun, anaknya jatuh tersadung sebelum kakinya terjuntai keluar dari koridor lalu terjatuh dari bangunan asrama itu.
“Sebelum sampai ke tangga, anak saya terjatuh kerana tersadung kaki saya sebelum dia cuba bangun.
“Ketika mahu bangun, dia berpusing dengan kakinya terjuntai keluar dari koridor lalu saya cuba memegang tangannya, namun tidak sempat sebelum dia terjatuh dalam keadaan berdiri,” katanya kepada Harian Metro.
Cemas dengan hal itu, dia kemudia bergegas turun untuk melihat keadaan anaknya.
“Saya mengangkat Muhd Firash dan memeriksanya jika ada pendarahan berlaku sebelum mendapati tiada pendarahan serius.
“Anak saya ketika itu menangis kerana kesakitan kerana paha kirinya patah selepas terjatuh dalam keadaan berdiri. Saya membawanya ke Hospital Kepala Batas bagi mendapatkan rawatan kecemasan sebelum dibawa ke Hospital Pakar KPJ Pulau Pinang di Bandar Perda.
“Hasil pemeriksaan doktor mendapati anak saya patah paha dan disimen dari bahagian pinggang hingga kaki,” katanya.
Dalam pada masa yang sama, dia tidak menyalahkan sesiapa atas insiden itu tapi berharap pihak KMPP mengubah suai pagar di asrama kolej berkenaan supaya lebih selamat kepada orang ramai.
Loading...
✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2rzCKOx
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Appear First on Khabar Melayu
Demikianlah Artikel Budak 2 Tahun Jatuh Tingkat 1 Dalam Keadaan Berdiri
Anda sekarang membaca artikel Budak 2 Tahun Jatuh Tingkat 1 Dalam Keadaan Berdiri dengan alamat link https://khabarmelayu.blogspot.com/2017/06/budak-2-tahun-jatuh-tingkat-1-dalam.html