Chong Wei Lega Dengan Kepulangan Misbun

Chong Wei Lega Dengan Kepulangan Misbun - Hallo sahabat KHABAR MELAYU, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Chong Wei Lega Dengan Kepulangan Misbun, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Khabar, Artikel Malaysia, Artikel Melayu, Artikel News, Artikel Perniagaan, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Chong Wei Lega Dengan Kepulangan Misbun
link : Chong Wei Lega Dengan Kepulangan Misbun

Baca juga


Chong Wei Lega Dengan Kepulangan Misbun

KUALA LUMPUR – Kepulangan semula Datuk Misbun Sidek ke pangkuan Persatuan Badminton Malaysia (BAM) sebagai ketua jurulatih perseorangan lelaki sudah pasti menjadi berita gembira buat bekas anak didiknya, Datuk Lee Chong Wei.

Chong Wei menyifatkan kepulangan ‘sifunya’ memberi harapan serta sinar baharu buat barisan pemain perseorangan negara selepas legenda badminton negara era 80-an itu bertanggungjawab mencungkil bakat pemain itu ketika berusia 17 tahun pada sekitar 1999.

Misbun, antara tenaga jurulatih skuad negara ketika itu, mengambi tempoh tujuh tahun untuk menggilap dan membentuk Chong Wei sehingga pemain itu berjaya meraih pingat perak pertama di Sukan Olimpik Beijing pada 2008.

“Kepulangan Misbun selaku ketua jurulatih diharap akan membantu skuad perseorangan lelaki kembali menempa nama di persada antarabangsa.

“Saya mengadakan perjumpaan dengan beliau sebelum ini dan akhirnya pada pertemuan kali ketiga barulah beliau bersetuju untuk kembali ke BAM,” katanya kepada pemberita selepas menjalani latihan harian di Akademi Badminton Malaysia di Bukit Kiara, hari ini.

Mengulas lanjut, Chong Wei berkata kehadiran Misbun pastinya suatu perkembangan yang baik buat beliau serta pasukan yang akan menyertai Kejohanan Dunia di Glasgow, Scotland pada 21 hingga 27 Ogos ini.

Dalam pada itu, Chong Wei memberi peringatan kepada semua pemain muda di BAM untuk bersedia dengan kehadiran Misbun yang dijadual memulakan tugasnya pada 1 Julai depan.

“Kebanyakan pemain muda sekarang ini melihat saya seperti paling senang dengan kejayaan yang dikecapi hari ini, tetapi waktu dahulu semasa di bawah Misbun tiada siapa pun yang nampak perit-jerih latihan yang saya hadapi,” katanya.

Pernah Chong Wei Wei menangis disebabkan rejim latihan Misbun yang rigid ketika membimbing skuad negara ketika itu.

Semalam, Presiden BAM, Datuk Seri Mohamad Norza Zakaria berkata Misbun, 57, secara dasarnya sudah bersetuju secara lisan untuk menyertai BAM dan pihaknya akan menyediakan kontrak lebih terperinci kepadanya.

Misbun meletak jawatan sebagai jurulatih perseorangan negara pada penghujung 2010 dan menolak tawaran BAM untuk dilantik sebagai ketua jurulatih pasukan kebangsaan tiga tahun kemudian pada 2013 atas ‘sebab peribadi’. – BERNAMA

Loading...



✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2t1y2qD

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!



Appear First on Khabar Melayu


Demikianlah Artikel Chong Wei Lega Dengan Kepulangan Misbun

Sekianlah artikel Chong Wei Lega Dengan Kepulangan Misbun kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Chong Wei Lega Dengan Kepulangan Misbun dengan alamat link https://khabarmelayu.blogspot.com/2017/06/chong-wei-lega-dengan-kepulangan-misbun_9.html

Subscribe to receive free email updates: