DAP tolak dominasi PPBM dalam PH

DAP tolak dominasi PPBM dalam PH - Hallo sahabat KHABAR MELAYU, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul DAP tolak dominasi PPBM dalam PH, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Khabar, Artikel Malaysia, Artikel Melayu, Artikel News, Artikel Perniagaan, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : DAP tolak dominasi PPBM dalam PH
link : DAP tolak dominasi PPBM dalam PH

Baca juga


DAP tolak dominasi PPBM dalam PH

ANTARAPOS.COM

Post Pic

 
 
KUALA LUMPUR: DAP menolak dominasi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) dalam struktur kepimpinan Pakatan Harapan (PH) yang akan diumumkan tidak lama lagi.
 
Setiausaha Agungnya, Lim Guan Eng mengulas ura-ura dua jawatan tertinggi PH, iaitu Pengerusi dan Presiden masing-masing akan diisi oleh Tun Dr Mahathir Mohamad dan Tan Sri Muhyiddin Yassin.
 
"Saya tidak akan bersetuju jawatan pengerusi dan presiden (PH) diisi oleh BERSATU (PPBM). Ini adalah suatu monopoli dan penguasaan kawalan (terhadap PH)," katanya kepada media, hari ini.
 
Jumaat lalu Majlis Presiden Pakatan Harapan (PH) bermesyuarat mengenai struktur kepimpinan gagasan berkenaan dalam usaha mendepani Pilihan Raya Umum ke-14 akan datang, dan akan didaftarkan kepada Pendaftar Pertubuhan (RoS) dalam masa terdekat.
 
Dilaporkan struktur itu akan diumumkan pada minggu ini.
 
Selain Dr Mahathir dan Muhyiddin dinamakan sebagai Pengerusi dan Presiden PH, Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim pula didakwa sebagai Penasihat gagasan itu.
 
Guan Eng ketika mengulas lanjut berkata apa sahaja keputusan yang bakal diambil perlu mendapat sepakata di kalangan parti-parti di dalam PH.
 
"Saya tidak tahu bagaimana cadangan ini boleh bocor kepada media," katanya ringkas.
 
Cadangan struktur kepimpinan itu didakwa dikemukakan PPBM dengan turut menamakan Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai Timbalan Pengerusi dan Datuk Seri Mohamed Azmin Ali sebagai Timbalan Presiden PH.
 
Sementara itu Guan Eng bersetuju supaya Dr Mahathir dilantik sebagai kepimpinan utama bersama pemimpin yang lain, apabila diajukan mengenai cadangan bekas perdana menteri itu mengetuai pilihan raya.
 
Namun begitu Ketua Menteri Pulau Pinang itu menyifatkan Anwar maish tokoh yang relevan dalam politik negara meskipun sedang menjalani hukuman penjara.
 
"Kami menyokong Anwar sebagai calon perdana menteri tetapi kita perlu terima hakikat bahawa Anwar tidak boleh menduduki jawatan itu terus atas faktor kelayakan (undang-undang).
 
"Justeru, akan ada tempoh peralihan sementara," katanya.
 
 


Appear First on Khabar Melayu


Demikianlah Artikel DAP tolak dominasi PPBM dalam PH

Sekianlah artikel DAP tolak dominasi PPBM dalam PH kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel DAP tolak dominasi PPBM dalam PH dengan alamat link https://khabarmelayu.blogspot.com/2017/06/dap-tolak-dominasi-ppbm-dalam-ph.html

Subscribe to receive free email updates: