Datuk G sanggup ucap kalimah syahadah untuk tipu skim forex

Datuk G sanggup ucap kalimah syahadah untuk tipu skim forex - Hallo sahabat KHABAR MELAYU, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Datuk G sanggup ucap kalimah syahadah untuk tipu skim forex, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Khabar, Artikel Malaysia, Artikel Melayu, Artikel News, Artikel Perniagaan, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Datuk G sanggup ucap kalimah syahadah untuk tipu skim forex
link : Datuk G sanggup ucap kalimah syahadah untuk tipu skim forex

Baca juga


Datuk G sanggup ucap kalimah syahadah untuk tipu skim forex

Gambar atas : Mangsa, Amy Salmiah Dahlan (43) bercakap mengenai kes penipuan melibatkan seorang Datuk Seri dan Datin Seri ditemani Peguam, Datuk R. Ramanan pada sidang media di Hotel Dynasty, Kuala Lumpur. foto FAREEZ FADZIL, 07 APRIL 2017

 

KUALA LUMPUR –  Sepasang suami isteri yang didakwa terlibat dalam sindiket penipuan sanggup ‘memeluk’ agama Islam semata-mata memperdaya pelanggannya melabur dalam skim dagangan mata wang asing.

Individu berketurunan India yang dikenali sebagai Datuk G dan isterinya ‘berlakon’ memeluk agama Islam semata-mata memujuk seorang lelaki Melayu berstatus haji melabur sebanyak RM20 juta ke syarikatnya.

Seorang bekas guru agama,  Amy Salmiah Dahlan yang mewakili mangsa-mangsa penipuan Datuk G dan isteri rasa terkilan kerana mereka sanggup menipu sampai tahap menukar agama.

“Saya terkilan dan tidak sangka mereka berdua sanggup pergi ke tahap begitu untuk memujuk ‘haji’ itu yang kemudian mengambil RM20 juta dalam sekali transaksi kononnya mahu membantu sahabat-sahabat Islam yang memerlukan menerusi orang kenamaan tertinggi yang dikenali,” katanya dalam sidang media di sini hari ini.

Sidang media itu dilakukan oleh bekas Bendahari Agung MIC, Datuk R. Ramanan.

Menurut Amy, aksi masuk Islam itu yang dirakam pada tahun 2013 di mana pasangan suami dan isteri berkenaan melafazkan kalimah syahadah di hadapan seorang bergelar haji dengan mengangkat satu jari dan duduk bersila sambil berjabat tangan dengan individu terbabit.

 

 

“Perbuatan mereka berdua sebenarnya bermaksud sudah memeluk Islam tetapi masih beragama Hindu sekaligus menghina kedua-dua agama.

“Rabu depan saya dan rakan-rakan lain akan membuat laporan kepada jabatan agama Islam berkaitan sebagai menggesa siasatan ke atas tindakan pasangan itu,” katanya lagi.

Amy merupakan antara 22,000 mangsa penipuan pasangan berkenaan yang didakwa melibatkan pelaburan wang sebanyak RM80 hingga RM100 juta.

Amy sendiri telah melabur sebanyak RM36,000 pada tahun lalu bersama 700 rakan-rakannya yang melibatkan wang sebanyak RM6 juta namun ia lesap tanpa sebarang keuntungan seperti yang dijanjikan.

Pada hujung Mac lalu, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Bukit Aman, Datuk Acryl Sani Abdullah Sani mendedahkan tangkapan enam suspek termasuk seorang wanita berusia antara 28 hingga 38 tahun selama 21 hari untuk disiasat bawah Seksyen 3(1) Akta Pencegahan Jenayah 1959 (POCA) melibatkan penipuan wang pelaburan mata wang asing berjumlah antara RM80 hingga RM100 juta di bawah syarikat VenusFX.

Sementara itu, Ramanan dalam sidang media yang sama turut menyifatkan tindakan pasangan India itu sebagai menghina Islam dan Hindu selain mencemar reputasi dan menjual nama pemimpin tertinggi Barisan Nasional untuk ‘memancing’ mangsa-mangsanya.

“Saya terkejut apabila sudahlah tipu mangsa pelaburan dengan wang berjumlah RM55 juta, kini pasangan Datuk G terus mencalar nama dan imej pemimpin kita Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor dan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.

“Dia bukan sahaja ambil RM20 juta sekali transaksi malah wang berjuta-juta ringgit lagi dari individu sama yang dipercayai diambil sedikit demi sedikit oleh pasangan itu.

“Saya tidak boleh memaafkan suami isteri berkenaan yang melampaui batasan sehingga memperdaya mangsa kononnya dia mempunyai reputasi dan kenal rapat Najib, Rosmah dan Ahmad Zahid.

“Saya bangga dengan kecekapan polis khususnya Jabatan Siasatan Jenayah Komersial yang berjaya mencekup enam suspek isu ini dibawah POCA tetapi pasangan ini yang merupakan suspek utama masih bebas.

“Apakah mereka ini dilindungi oleh seseorang? Polis harus bertindak cepat sebagai menghalang mereka berdua daripasa terus menjual dan mencalarkan nama pemimpin negara.

“Saya akan membuat laporan polis pada Ahad ini bersama semua mangsa-mangsa pelaburan forex Datuk G ini dan menggesa pihak berkuasa bertindak segera selain akan melaporkan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia,” tegasnya lagi.

 

Sumber :
– malaysiagazette.com



✍ Sumber Pautan : ☕ MyNewsViral

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2rGKfTG

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!



Appear First on Khabar Melayu


Demikianlah Artikel Datuk G sanggup ucap kalimah syahadah untuk tipu skim forex

Sekianlah artikel Datuk G sanggup ucap kalimah syahadah untuk tipu skim forex kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Datuk G sanggup ucap kalimah syahadah untuk tipu skim forex dengan alamat link https://khabarmelayu.blogspot.com/2017/06/datuk-g-sanggup-ucap-kalimah-syahadah.html

Subscribe to receive free email updates: