Judul : Dayang Nurfaizah Takde Masa Nak ‘Cintan-Cintun’
link : Dayang Nurfaizah Takde Masa Nak ‘Cintan-Cintun’
Dayang Nurfaizah Takde Masa Nak ‘Cintan-Cintun’
Bila menemubual penyanyi yang kini popular dengan lagu Separuh Mati Kubercinta ini, soal jodoh sudah tentunya menjadi antara topik yang tidak putus-putus ditanya.
Namun seperti biasa, Dayang sentiasa terbuka dan memberitahu pada masa ini, dirinya hanya sendiri, tiada insan istimewa di sisi.
Lalu sekali lagi, Kakigosip cuba tanyakan persoalan sama buat Dayang ketika sesi rakaman The Stage Kakigosip baru-baru ini.
Katanya, sebagai manusia biasa dia sebolehnya mahu bercinta, tetapi untuk masa sekarang cinta itu belum lagi ada.
Tambahan lagi, fokusnya kini hanyalah untuk mempromosikan album terbaru, Dayang Nurfaizah yang sudah pun menemui para peminatnya sejak bulan lalu. Jadi sudah pasti isu cinta itu bukan suatu yang diutamakan.
“Jujur, saya masih tidak bercinta dengan sesiapa dan saya memang tengah tunggu seorang lelaki yang memahami diri saya ni,” katanya secara seloroh.
“Dalam tempoh 18 tahun saya dalam seni, memang sukar untuk cari lelaki yang benar-benar faham. Saya tak mahu apa yang sudah saya bina ini akan lain jadinya bila bercinta kelak. Jadi tentunya saya nak lelaki yang betul-betul boleh faham dan sokong kerjaya saya sepenuhnya,” ujarnya lagi.
Kongsi Dayang lagi, pada usia sekarang, dia tiada masa untuk bermain cinta seperti pasangan muda yang lainnya.
“Umur saya pun dah berapa. So tak ada masa nak cintan-cintun ni. Kalaulah betul nak bercinta, biarlah serius. Apa pun, saya percaya pada jodoh yang hadir sendiri, tidak diduga.
“Setakat ini, keluarga bukanlah jenis yang suka bertanya atau mendesak apabila bercakap mengenai jodoh ni,” terang Dayang yang bakal hadir dengan sebuah lagu patriotik bersempena dengan sukan SEA yang akan berlangsung di Malaysia Ogos depan.
The post Dayang Nurfaizah Takde Masa Nak ‘Cintan-Cintun’ appeared first on Berita Viral.
✍ Sumber Pautan : ☕ Berita Viral
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2s4DWL5
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Appear First on Khabar Melayu
Demikianlah Artikel Dayang Nurfaizah Takde Masa Nak ‘Cintan-Cintun’
Anda sekarang membaca artikel Dayang Nurfaizah Takde Masa Nak ‘Cintan-Cintun’ dengan alamat link https://khabarmelayu.blogspot.com/2017/06/dayang-nurfaizah-takde-masa-nak-cintan.html