Dendam 10 tahun isteri tak nak tinggal sama, suami simbah petrol dan bakar isteri hidup-hidup sampai meninggal

Dendam 10 tahun isteri tak nak tinggal sama, suami simbah petrol dan bakar isteri hidup-hidup sampai meninggal - Hallo sahabat KHABAR MELAYU, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Dendam 10 tahun isteri tak nak tinggal sama, suami simbah petrol dan bakar isteri hidup-hidup sampai meninggal, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Khabar, Artikel Malaysia, Artikel Melayu, Artikel News, Artikel Perniagaan, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Dendam 10 tahun isteri tak nak tinggal sama, suami simbah petrol dan bakar isteri hidup-hidup sampai meninggal
link : Dendam 10 tahun isteri tak nak tinggal sama, suami simbah petrol dan bakar isteri hidup-hidup sampai meninggal

Baca juga


Dendam 10 tahun isteri tak nak tinggal sama, suami simbah petrol dan bakar isteri hidup-hidup sampai meninggal

HANYA kerana dendam, seorang lelaki berusia 46 tahun tergamak membakar isterinya, 44, dengan botol berisi minyak petrol di rumahnya di Taman Arked, Sungai Petani pada 26 Mei lalu menyebabkan mangsa melecur teruk dan menerima rawatan di Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) Alor Setar.

Bagaimanapun selepas 12 hari bertarung nyawa, mangsa gagal diselamatkan dan meninggal dunia jam 8.27 pagi semalam.

Pemangku Ketua Polis Daerah Kuala Muda Superintendan Saifi Abd Hamid berkata, hasil siasatan awal mendapati mangsa sudah tidak tinggal bersama suspek sejak 10 tahun lalu dan dalam proses bercerai.

Menurutnya, dalam kejadian kira-kira jam 12 tengah hari itu, mangsa yang sedang membersih ayam di sinki belakang rumah keluarganya tiba-tiba didatangi suspek menaiki motosikal dan terus membaling botol berisi minyak petrol yang sudah dibakar menyebabkan seluruh badan wanita itu terbakar.

“Anak lelakinya berusia 19 tahun yang menyedari kejadian itu selepas terdengar ibunya menjerit terus berlari keluar dan terkejut melihat keadaan mangsa yang terbakar.

“Anaknya turut sempat melihat suspek melarikan diri sebelum ibunya itu berlari ke dalam bilik air untuk memadamkan api,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Saifi berkata, mangsa kemudian dihantar ke Hospital Sultan Abdul Halim, Sungai Petani sebelum dipindahkan ke HSB.

“Siasatan awal punca kejadian berkemungkinan disebabkan dendam kerana mangsa enggan tinggal bersama suspek dan dalam proses bercerai.

“Bagaimanapun selepas menerima rawatan selama 12 hari, mangsa akhirnya disahkan meninggal dunia semalam dan hasil bedah siasat mendapati punca kematian akibat melecur teruk pada badan,” katanya.

Beliau berkata, suspek sudah ditahan semalam dan kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

 

Sumber: Harian Metro



Sumber Dendam 10 tahun isteri tak nak tinggal sama, suami simbah petrol dan bakar isteri hidup-hidup sampai meninggal

✍ Sumber Pautan : ☕ Macam Macam hal laaaa... Anda patut tahu!!!

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2rU44aB

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!



Appear First on Khabar Melayu


Demikianlah Artikel Dendam 10 tahun isteri tak nak tinggal sama, suami simbah petrol dan bakar isteri hidup-hidup sampai meninggal

Sekianlah artikel Dendam 10 tahun isteri tak nak tinggal sama, suami simbah petrol dan bakar isteri hidup-hidup sampai meninggal kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Dendam 10 tahun isteri tak nak tinggal sama, suami simbah petrol dan bakar isteri hidup-hidup sampai meninggal dengan alamat link https://khabarmelayu.blogspot.com/2017/06/dendam-10-tahun-isteri-tak-nak-tinggal_4.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :