DENGAN ISGTIFAR UMPAMA ULTRAMAN DAPAT POWER KETIKA LAMPU MERAH DI DADA DAH BERKELIP KELIP

DENGAN ISGTIFAR UMPAMA ULTRAMAN DAPAT POWER KETIKA LAMPU MERAH DI DADA DAH BERKELIP KELIP - Hallo sahabat KHABAR MELAYU, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul DENGAN ISGTIFAR UMPAMA ULTRAMAN DAPAT POWER KETIKA LAMPU MERAH DI DADA DAH BERKELIP KELIP, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Khabar, Artikel Malaysia, Artikel Melayu, Artikel News, Artikel Perniagaan, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : DENGAN ISGTIFAR UMPAMA ULTRAMAN DAPAT POWER KETIKA LAMPU MERAH DI DADA DAH BERKELIP KELIP
link : DENGAN ISGTIFAR UMPAMA ULTRAMAN DAPAT POWER KETIKA LAMPU MERAH DI DADA DAH BERKELIP KELIP

Baca juga


DENGAN ISGTIFAR UMPAMA ULTRAMAN DAPAT POWER KETIKA LAMPU MERAH DI DADA DAH BERKELIP KELIP

DENGAN ISGTIFAR UMPAMA ULTRAMAN DAPAT POWER KETIKA LAMPU MERAH DI DADA DAH BERKELIP KELIP. Dah sampai ke penghujung ramadhan.. Rasa macam cepat sangat masa tu berlalu. Sepantas watson nyambek berlari kekdahnya. Punya laju la sampai tak sempat nak shopping raya lagi ni.. Tahun ni memang tak persiapan raya apa - apa. Bagi yang tahu kenapa.. Maka tahu tahu. Dari mak, bapak hinggalah ke anak sampai hari ni takde langsung apa2 yang berkaitan raya kami siapkan. Hari berlalu macam tu jer


Puasa pun tak terasa dah nikmat puasa. Rasa macam baru bangun sahur tup tup dah nak berbuka. Dalam keadaan sekarang segala rasa lapar dahaga tu memang tak berapa terasa sangat la. Tak tau la nak kategorikan benda ni nikmat atau ujian jugak. Mesti ada yang kata.. Ok la tu.. Puasa tak di uji dengan rasa lapar & dahaga tapi tu la.. Nikmat berpuasa tu macam tak ada. Macam hilang deria rasa jer.

Sejak dari hari pertama puasa.. Rasa tak berapa berehat lagi aku ni. Bukan saja fizikal malah mental pun. Dan hari ni aku rasa.. aku perlu ambil masa berehat dari terus push diri aku fikir perkara di luar kemampuan aku. Demi Allah.. aku dah usaha.. Sampai sekarang pun sebenarnya aku masih berusaha. Usaha aku ni kira masih tak ada titik noktah la. Panjang lagi aku rasa perjalanan usaha aku ni.. Jadi berusahalah selagi terdaya. Allah tak janjikan kemenangan andai kita berusaha sekalipun tapi yakinlah Allah tak kejam. Dia lebih tahu apa yang terbaik untuk kita..  Doa, usaha selebihnya tawakal..

Serius apa yang berlaku ni memang bagi kesan dalam hidup aku... Mula2 aku pun macam orang lain. Kemurungan, hypertension.. Sebab tak tahu nak buat apa dengan kemampuan kewangan yang terhad. Bak kata sipolan tetttttttt.. tu duit tak berkepok kepok katanya. dalam 2 - 3 hari macam tu. Tapi dalam fasa kemurungan tu.. aku still berusaha cuma aku banyak menangis & meminggirkan diri. Support suami tu sangat membantu. Di samping diri sendiri juga kena bantu untuk terus kuat. Yang buat aku terus react macam biasa.. Boleh bangkit & buat rutin harian macam biasa adalah.. bila aku fikir. Tak adil aku untuk menyusahkan suami.. anak.. sedangkan mereka tak salah. Kalau aku terus murung, benda tu effect semua orang di sekeliling aku. So, aku kena kuat & aku kena hadap. Kena usaha... berjaya atau gagal tu bukan persoalan. Yang penting usaha.

Dan selepas tu aku terus usaha & berusaha sampai sekarang sambil menikmati hidup macam biasa. Yang aku rasa sangat sangat membantu, selain solat, doa, & baca al Quran.. adalah Isgtifar. Betapa ajaibnya Isgtifar ni.. Aku boleh rasa tenang.. Isgtifar la sebanyak mungkin bila hangpa dalam kesulitan. Allah akan bantu bagi ketenangan, bagi jalan & bagi kekuatan. Aku sendiri pun sebelum ni tak pernah rasa keajaiban Isgtifar sebab maybe kurang berisgtifar kot sebelum ni. Tapi kali ni Subahanallah.. Betul - betul macam ultraman dapat power di saat lampu merah kat dada berkelip kelip. macam tu la yang mampu aku gambarkan apa yang berlaku kat aku lepas amalkan isgtifar sebanyak yang mungkin. Lebih dari 100kali la. Takde la kuat tu tetiba muscle tumbuh berketoi ketoi.. Tetiba tukar jadi kaler hijau macam hulk. Kuat tu kuat secara spiritual.. dari dalam. Jadi tak mudah menangis.. tak mudah putus asa & tak takut untuk hadap kemungkinan yang bakal berlaku. Ada saja Allah bagi jalan untuk aku teruskan misi mencari bantuan. Macam satu aura yang sangat sangat positif menyerap dalam diri aku. Sampai aku rasa dah tiba masanya aku buat preparation raya walaupun sebelum ni aku rasa tahun ni aku tak ada mood nak raya. Yakin dengan Allah.. letakkan pergantungan pada Allah.. Mohon & doa bersungguh sungguh.. Insya Allah, Allah tidak pernah kejam dengan hambaNya.

* Rasulullah bersabda, "Barangsiapa yang senantiasa beristighfar, maka Allah akan memberikan kegembiraan dari setiap kesedihannya, dan kelapangan bagi setiap kesempitannya, dan memberinya rezeki dari arah yang tiada disangka-sangka.”(HR.Abu Daud, Ibnu Majah dan Ahmad).
* Rasulullah s.a.w bersabda, "Barangsiapa yang senantiasa beristighfar, maka Allah akan memberikan kegembiraan dari setiap kesedihannya, dan kelapangan bagi setiap kesempitannya dan memberinya rezeki dari arah yang tiada disangka-sangka,”(HR.Abu Daud, Ibnu Majah dan Ahmad).
* Rasulullah s.a.w bersabda,”Apabila seorang mukmin melakukan suatu dosa, maka tercoretlah noda hitam di hatinya. Apabila ia bertaubat, meninggalkannya dan beristighfar, maka bersihlah hatinya.”(HR.Nasa’i, Ibnu Majah, Ibnu Hibban, Tirmidzi).
* Rasulullah bersabda,”Sesungguhnya Allah akan mengangkat derajat seorang hamba di syurga. Hamba itu berkata,’Wahai Allah, dari mana saya dapat kemuliaan ini?’ Allah berkata,’Kerana istighfar anakmu untukmu’.”(HR.Ahmad dengan sanad hasan).
* Allah berfirman, "Dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, hai orang-orang yang beriman supaya kamu beruntung.”(QS.an-Nur: 31). Aisyah berkata,”Beruntunglah, orang-orang yang menemukan istighfar yang banyak pada setiap lembar catatan harian amal mereka.”(HR.Bukhari).

Esok adalah hari penentuan.. Insya Allah apapun berlaku aku bersedia. Mohon Allah terus bagi kekuatan. Mohon doa dari semua.. Mohon sokongan dari semua.. Apapun berlaku bukan penentu siapa betul siapa salah. Tapi.. Perjalanan dalam dunia ni memang kita akan menemui banyak ketidak adilan.. Kenapa Allah izinkan benda tu berlaku? Sebab tu la ujian buat kita yang bernama manusia. Musibah adalah ujian.. Kenikmatan juga Ujian. Menang pun Ujian.. kalah pun Ujian. Kita manusia takkan terlepas dari di uji. Bersyukur kalau kita di uji dengan musibah sebab cara tu selalunya lebih buat manusia mencari & mendekati Allah.. Berbanding dengan ujian nikmat & kekayaan. Manusia mula lupa diri, sombong & bongkak. Rasa duit boleh beli syurga tanpa amalan.

Apapun yang berlaku.. Mohon doa dari semua baju raya aku tahun ni bukan kaler oren. hehehehe.. Doakan semuanya di permudahkan. Doakan semuanya berakhir dengan baik. Doakan rezeki untuk aku.. Manatau dengan doa2 semua aku jadi orang kaya & boleh membantu orang lain yang dalam kesusahan macam situasi aku sekarang. Kekangan kewangan mungkin buat aku di hukum tanpa pembelaan. Takpe la.. aku anggap benda tu sebagai kifarah dosa dosa yang aku pernah buat. Manatau semua ni nanti membantu meringkan timbangan dosa aku di akhirat nanti. Dok pikiaq dunia jer.. macam la nak menongkat langit selamanya. Sampai masa ke bawah tanah jugak, kan?

Moral of the story.. Apa yang berlaku bagi aku satu teguran dari Allah tanda kasih sayangnya pada aku. Dia nak mengingatkan aku yang selama ni lalai.. selama ni lupa.. selama ni hanyut dalam nikmat yang aku dapat. Sesekali dia jentik.. Baru reti nak doa dalam sujud bersama linangan airmata. Nasib baik musim panas... sempat kering sejadah sebelum masuk waktu solat seterusnya. hehehe.. Aku perlukan doa.. Please! Doakan untuk aku.


✍ Sumber Pautan : ☕ LEKAT LEKIT STORY

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2rLZisb

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!




Appear First on Khabar Melayu


Demikianlah Artikel DENGAN ISGTIFAR UMPAMA ULTRAMAN DAPAT POWER KETIKA LAMPU MERAH DI DADA DAH BERKELIP KELIP

Sekianlah artikel DENGAN ISGTIFAR UMPAMA ULTRAMAN DAPAT POWER KETIKA LAMPU MERAH DI DADA DAH BERKELIP KELIP kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel DENGAN ISGTIFAR UMPAMA ULTRAMAN DAPAT POWER KETIKA LAMPU MERAH DI DADA DAH BERKELIP KELIP dengan alamat link https://khabarmelayu.blogspot.com/2017/06/dengan-isgtifar-umpama-ultraman-dapat.html

Subscribe to receive free email updates: