Dr Ganja berdepan hukuman mati

Dr Ganja berdepan hukuman mati - Hallo sahabat KHABAR MELAYU, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Dr Ganja berdepan hukuman mati, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Khabar, Artikel Malaysia, Artikel Melayu, Artikel News, Artikel Perniagaan, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Dr Ganja berdepan hukuman mati
link : Dr Ganja berdepan hukuman mati

Baca juga


Dr Ganja berdepan hukuman mati

PESARA tentera atau lebih dikenali sebagai 'Dr Ganja' berdepan hukuman mati selepas dihadapkan ke tiga mahkamah berasingan di Klang, hari ini, atas 36 pertuduhan berkaitan ganja.

Tertuduh, Kapten (B) Amiruddin@Nadarajan Abdullah, 58, menghadapi 14 pertuduhan memiliki dadah jenis kanabis dengan anggaran berat kasar 97,995 gram di sebuah rumah di Kampung Delek Dalam, 12.30 tengah hari, pada 26 Mei lalu.

Semua pertuduhan yang dibacakan di hadapan Majistret Nor Asma Ahmad itu mengikut Seksyen 39B (1) (a) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan jika sabit kesalahan boleh dihukum mengikut Seksyen 39B akta sama yang memperuntukkan hukuman gantung sampai mati.

Di hadapan Hakim Suzana Hussin, tertuduh mengaku tidak bersalah terhadap 18 pertuduhan menanam 18 tumbuhan disyaki kanabis di tempat, masa dan tarikh yang sama.

Bagi 18 pertuduhan itu, Amiruddin didakwa mengikut Seksyen 6B (1) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan boleh dihukum mengikut Seksyen 6B (3) akta sama, yang memperuntukkan hukuman penjara seumur hidup dan sebatan tidak kurang daripada enam kali, jika sabit kesalahan.

Di hadapan Majistret Rozianti Mohamed Hanaphi, tertuduh mengaku tidak bersalah terhadap dua pertuduhan memiliki dadah disyaki jenis kanabis dengan anggaran berat kasar 55 gram, iaitu satu pertuduhan memasukkan kanabis ke dalam badannya dan satu pertuduhan memiliki perkakas yang digunakan untuk menghisap dadah disyaki jenis kanabis.

Semua kesalahan itu dilakukan di rumah di Kampung Delek Dalam dan di Pejabat Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Klang Selatan, pada 12.30 tengah hari dan 10 malam, 26 Mei lalu.

Bagi keempat-empat pertuduhan itu, dia didakwa mengikut Seksyen 6, Seksyen 15 (1)(a) dan Seksyen 10 (2)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952.

Ketiga-tiga mahkamah tidak membenarkan tertuduh diikat jamin dan menetapkan tarikh iaitu pada 28 Julai depan untuk sebutan semula kes.

Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya Syed Farid Syed Ali, Aliah Atiqah Razali dan Rizal Azani Zainal Adzam sementara tertuduh diwakili peguam Farhan Maaruf.

Harian Metro sebelum ini melaporkan polis menumpaskan sindiket penjualan ganja secara dalam talian dengan menggunakan pelbagai adunan termasuklah susu, coklat, madu dan kek.



✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2t1vmco

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!



Appear First on Khabar Melayu


Demikianlah Artikel Dr Ganja berdepan hukuman mati

Sekianlah artikel Dr Ganja berdepan hukuman mati kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Dr Ganja berdepan hukuman mati dengan alamat link https://khabarmelayu.blogspot.com/2017/06/dr-ganja-berdepan-hukuman-mati.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :