Judul : Enam penuntut UPNM didakwa bunuh Zulfarhan
link : Enam penuntut UPNM didakwa bunuh Zulfarhan
Enam penuntut UPNM didakwa bunuh Zulfarhan
ANTARAOIS,COMKUALA LUMPUR: Enam penuntut Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) didakwa di Mahkamah Majistret hari ini atas tuduhan bersubahat dan membunuh pelajar jurusan Kejuruteraan Elektrik universiti itu, Zulfarhan Osman Zulkarnain pada Mei lalu.
Lima penuntut itu, Mohd Akmal Zuhairi Azmal, Azamuddin Mad Sofi, Muhammad Najib Mohd Razi, Muhammad Afif Najmudin Azahat dan Mohamad Shobirin Sabri, didakwa membunuh Zulfarhan.
Sementara seorang lagi penuntut, Abdoul Hakeem Mohd Ali, didakwa bersubahat membunuh Pegawai Kadet Laut universiti itu.
Semua tertuduh yang berusia 21 tahun itu hanya mengangguk faham sejurus pertuduhan dibacakan terhadap mereka di hadapan Majistret Siti Radziah Kamarudin.
Lima tertuduh, Mohd Akmal, Azamuddin, Muhammad Najib, Muhammad Afif dan Mohamad Shobirin, didakwa secara bersama-sama membunuh Zulfarhan di Bilik 04-10 Blok Penginapan Asrama Jebat, UPNM Sungai Besi, di sini, di antara jam 4.45 pagi hingga 5.45 pagi, pada 22 Mei lalu.
Mereka didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan, yang membawa hukuman gantung sampai mati jika sabit kesalahan.
Abdoul Hakeem didakwa bersubahat dengan lima tertuduh membunuh mangsa di tempat dan pada masa yang sama.
Dia didakwa mengikut Seksyen 109 Kanun Keseksaan dan dibaca bersama Seksyen 302 Kanun sama, yang memperuntukkan hukuman gantung sampai mati.
Appear First on Khabar Melayu
Demikianlah Artikel Enam penuntut UPNM didakwa bunuh Zulfarhan
Sekianlah artikel Enam penuntut UPNM didakwa bunuh Zulfarhan kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Enam penuntut UPNM didakwa bunuh Zulfarhan dengan alamat link https://khabarmelayu.blogspot.com/2017/06/enam-penuntut-upnm-didakwa-bunuh.html