Judul : Gadis 17 Tahun Dikecam di Facebook Kerana Minta Bantuan Kewangan
link : Gadis 17 Tahun Dikecam di Facebook Kerana Minta Bantuan Kewangan
Gadis 17 Tahun Dikecam di Facebook Kerana Minta Bantuan Kewangan
Gambar bahagian kiri di atas adalah untuk tujuan ilustrasi.
Seawal usia 17 tahun ini patutnya hanya risau pasal kerja rumah dan peperiksaan namun tidak semua orang mengalami nasib yang sama.
Di saat Normasmira Zulkifli memerlukan bantuan dari orang sebangsanya sendiri di media sosial, terdapat juga insan yang bukan sahaja enggan menolong malah turut mengecam gadis itu.
Normasmira atau lebih dikenali sebagai Ira, sudah pun berhenti sekolah tahun lepas kerana tidak berkemampuan. Pada tahun 2008, dia telah kehilangan bapanya akibat sakit jantung dan ibunya pula berhenti bekerja selepas terbabit dalam kemalangan. Ira juga telah disahkan menghidap penyakit Talasemia pada tahun yang sama. Malang sungguh!
Semenjak itu, kakaknya yang menyara keluarga dengan meraih keuntungan sebanyak RM20-30 sehari berniaga air di bazar Ramadan. Kini dia tinggal di sebuah rumah tumpang di Padang Temusu, Sungai Petani bersama ibu, abang, kakak, adik dan dua anak saudaranya.
Tidak tahan dengan kesempitan hidup, Ira meminta bantuan orang ramai di media sosial buat kali pertama namun reaksi yang dia dapat sangatlah tidak dijangkakan.
Memandangkan Hari Raya Aidilfitri bakal menjelang, dia telah menaikkan status berkenaan nasibnya di sebuah group di Facebook bernama ‘Kumpulan Penduduk Sungai Petani Kedah’. Di dalam status itu, dia ingin meminta jasa baik orang ramai jika ada yang sudi untuk menghulurkan bantuan bagi mengurangkan beban keluarganya.
Dia menaikkan status itu pada pukul 3 petang hari Khamis tetapi telah memadamnya keesokan pagi kerana telah menerima hampir 2,000 komen negatif daripada netizen.
“Ramai hentam saya. Saya rasa sedih sangat. Bantuan tak dapat, sebaliknya depa kata saya macam macam. Depa kata saya pemalas, depa mencarut kat saya. Saya rasa malu sangat, saya menangis baca komen komen. Saya beritahu emak, emak kata biarlah apa depa nak kata, kami bukan mencuri.. Cuma minta tolong”
Menurut mStar Online, dia terpaksa menggunakan Facebook untuk mendapatkan bantuan supaya keluarganya dapat membuat persiapan untuk Hari Raya.
Duit sekupang pun tak ada, macam mana nak raya,”
Walaupun terdapat banyak komen negatif dari netizen, terdapat juga insan yang berhati mulia dan bersimpati terhadap nasib Ira itu. Selepas kejadian tersebut, dia telah menerima beberapa panggilan daripada orang tidak dikenali dengan niat untuk menghulurkan bantuan. Alhamdulillah!
Seeloknya di bulan yang mulia ini kita banyakkan memberi dari menerima. Semoga kejadian itu menjadi iktibar supaya kita sentiasa menjaga kata-kata kita.
Baca : Netizen Dikecam Kerana Nasihatkan ‘Non-Muslim’ Untuk Beri Muslim Laluan Di Mc Donald’s Ketika Waktu Berbuka
✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2sJPfIO
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Appear First on Khabar Melayu
Demikianlah Artikel Gadis 17 Tahun Dikecam di Facebook Kerana Minta Bantuan Kewangan
Anda sekarang membaca artikel Gadis 17 Tahun Dikecam di Facebook Kerana Minta Bantuan Kewangan dengan alamat link https://khabarmelayu.blogspot.com/2017/06/gadis-17-tahun-dikecam-di-facebook.html