Judul : Gencatan Gagal, Ribuan Terperangkap
link : Gencatan Gagal, Ribuan Terperangkap
Gencatan Gagal, Ribuan Terperangkap
MARAWI: Ribuan orang awam yang berharap dapat melarikan diri dari pertempuran di bandar Marawi semalam masih terperangkap selepas gencatan senjata selama empat jam untuk memindahkan mereka dicemari dengan pertempuran.
Hanya 134 dibebaskan semalam, kurang dari hari-hari sebelumnya, walaupun kerajaan berharap lebih 1,000 akan berjaya meninggalkan bandar yang dilanda pertempuran sengit sejak 13 hari lalu itu.
Presiden Filipina, Rodrigo Duterte menjangkakan ia berakhir dalam masa beberapa hari meskipun mendapat tentangan hebat pejuang yang memihak kepada Daish di bandar di selatan negara itu.
“Ia akan berakhir dalam kira-kira tiga hari lagi. Saya tidak teragak-agak menggunakan setiap kuasa yang ada,” kata Duterte Sabtu lalu selepas melawat sebuah hospital di Cagayan de Oro, tempat askar yang cedera dirawat.
Kira-kira 400 militan tempatan dengan bantuan kira-kira 40 militan asing menyerbu Marawi pada 23 Mei lalu, menggunakan taktik medan perang canggih untuk menguasai bandar itu.
Mereka dipaksa berundur ke pusat bandar itu oleh tentera Filipina sejak minggu lalu selepas kira-kira 4,000 tentera darat disokong helikopter dan pesawat melepaskan roket serta bom.
Ramai penduduk memberitahu Reuters, serangan udara itu menyebabkan banyak harta benda rosak dan berpuluh-puluh kematian orang awam. Pihak berkuasa menaikkan jumlah kematian daripada 20 kepada 38 semalam, tetapi berkata, kematian itu disebabkan militan.
Jurucakap presiden berkata, 120 militan terbunuh bersama 38 tentera kerajaan.
Sementara itu, Duterte berkata, penggunaan kuasa udara dihalang setakat ini.
“Saya boleh menamatkan perang ini dalam tempoh 24 jam. Apa yang saya perlu lakukan hanya mengebom seluruh tempat itu,” katanya.
Duterte meminta Barisan Pembebasan Islam Moro (MILF), gerakan pemisah Islam yang berpangkalan di pulau Mindanao, untuk membantu merundingkan perjanjian damai dengan pejuang Islam yang kebanyakannya dari kumpulan Maute yang berpangkalan di sekitar Marawi.
Marawi yang digelar ‘Bandar Islam Marawi,’ juga terletak di Mindanao, kawasan ramai penduduk Islam di negara yang majoritinya Katolik dan diancam digugat kumpulan pemisah selama beberapa dekad.
MILF menganjurkan gencatan senjata semalam yang berlangsung dari jam 8 pagi hingga tengah hari. Mereka berkeliaran dengan pembesar suara meminta orang awam meninggalkan bandar itu.
Bagaimanapun, pada jam 9 pagi, tembakan meletus menyebabkan penduduk gagal melarikan diri.-Reuters
✍ Sumber Pautan : ☕ SARAWAKIANA
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2sFEZ0p
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Appear First on Khabar Melayu
Demikianlah Artikel Gencatan Gagal, Ribuan Terperangkap
Sekianlah artikel Gencatan Gagal, Ribuan Terperangkap kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Gencatan Gagal, Ribuan Terperangkap dengan alamat link https://khabarmelayu.blogspot.com/2017/06/gencatan-gagal-ribuan-terperangkap.html