GENERASI BARU FELDA TERBUNUH TIAP HARI DI SEBALIK UNTUNG FGV BERBILLION

GENERASI BARU FELDA TERBUNUH TIAP HARI DI SEBALIK UNTUNG FGV BERBILLION - Hallo sahabat KHABAR MELAYU, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul GENERASI BARU FELDA TERBUNUH TIAP HARI DI SEBALIK UNTUNG FGV BERBILLION, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Khabar, Artikel Malaysia, Artikel Melayu, Artikel News, Artikel Perniagaan, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : GENERASI BARU FELDA TERBUNUH TIAP HARI DI SEBALIK UNTUNG FGV BERBILLION
link : GENERASI BARU FELDA TERBUNUH TIAP HARI DI SEBALIK UNTUNG FGV BERBILLION

Baca juga


GENERASI BARU FELDA TERBUNUH TIAP HARI DI SEBALIK UNTUNG FGV BERBILLION

Apabila Timbalan Perdana Menteri  sebagai Menteri Pembangunan Negara dan Luar Bandar, Tun Abdul Razak melancarkan  rancangan pembangunan tanah yang pertama lebih 60  tahun lalu ,tentulah tidak termasuk  dalam visinya untuk membolehkan peneroka yang miskin mempunyai  empat isteri dan anak-anak mereka menjadi penagih dadah.

Tun juga tentulah tidak merancang ke peringkat  melibatkan peneroka meminjam untuk membeli saham  FELDA  yang menyebabkan mereka berada dalam keadaan berhutang dan bertambah hutang bila saham jatuh.

Mereka telah pun berhutang ketika menjalankan penerokaan dan membayarnya semula bila hasil titik peluh mereka mengeluarkan hasel yang lumayan.

Visi Tun Razak hanyalah sekadarkan untuk membolehkan orang Melayu miskin di kampung-kampung  yang tidak bertanah atau bidang tanah yang tidak ekonomik untk  memiliki tanah,rumah,kebun dan ladang getah sendiri dalam keadan tersusun.

Perancangan dan pengurusan  yang bijak  telah menjadikan FELDA jambatan kejayaan penebusan rakyat  miskin yang paling berjaya di dunia.

Bagaimanapun peneroka  yang berjaya  tidaklah pandai menguruskan kehidupan lumayan  dengan sewajarnya. Ramai yang lebih bijak  menguruskan penambahan isteri ,berseronok suka di bandar  dan tidak  mendisplinkan   anak mereka yang berada dalam keadaan mewah.

Tidak juga dapat dinapikan ibubapa  yang terbentuk dengan displin diri telah menjayakan kehidupan anak mereka sehingga mendapat pelajaran tinggi dan menjadi orang profesional yang hebat.

Diantara mereka ialah  Datuk Zakaria Arshad  CEO FGV  yang berasal dari anak peneroka yang sekarang berada di tengah-tengah  kemlut pergeseran dengan Tan Sri Mohd Isa Samad seorang veteran UMNO berhubung dengan pengurusan saham FGV.

FELDA adalah pemegang saham terbesar FGV(Felda Global Ventures Holding Berhad)  tetapi tidak dibenarkan untuk diwakili dalam FGV walaupun Penegerusinya Tan Sri Sharir Samad menuntutnya dengan sokongan dari Datuk Zakaria. Ini adalah rahsia politik.

FGV adalah visi Perdana Menteri Datuk Seri Najib yang mahu  menyalurkan kehidupan ekonomi  moden kepada peneroka dengan melibatkan mereka dengan permainan saham supaya menjadi lebih kaya.

Sebenarnya peneroka-peneroka   sudah pun cukup selesa dengan keadaan hidup sederhana  walaupun tidak menjadi jutawan,berkereta mewah,berbarang berjenama besar, berbeg tangan  berharga RM10,000 atau RM30,000 dan berjet melancong keluar negara.

Disebalik visi hebat ini, peneroka-peneroka FELDA kembali  terhutang, meminjam membeli saham FGV dan bertambah hutang setiap kali saham jatuh.Masa depan mereka mereka tidak lagi stabil sedangkan FGV sudah pasti menjutawankan beberapa orang politik dan profesional .

Kebanyakan orang Melayu pada hakikatnya  selesa dengan kehidupan sederhana,Islamic dalam penilaian  tanpa didoktrinasikan tetapi kesesatan politik dan penanaman nilai baru  berasaskan peniruan hidup metrialistic telah turut  menyesatkan  mereka secara paksa atau sukarela.

Masalah besar yang sebenarnya dihadapi di setiap  rancangan FELDA di seluruh negara bukanlah kehidupan tanpa jenama tetapi berjenama dadahyang membunuh generasi baru FELDA . Setandan  pisang pun tidak selamat lagi,durian dan rambutan,nangka hilang dari pokok menyebabkan hilang keghairahan untuk bertanam cucuk  di kalangan veteran FELDA

Pencuri motosikal dan kereta yang dikenali bebas berada di tengah-tengah masyarakat FELDA,keluar dan masuk penjara dan kembali berada di tengah masyarakat untuk menjalankan kerja-kerja yang pernah dilakukan;memecah rumah,mencuri dan sebagainya. MasyarakatFELDA pun tidak lagi ambil kisah kerana ketakutan dan kebosanan .Mereka menjadi penagih dadah yang kebal.

Inlah masalah  lebih besar yang dihadapi di sebalik FGV yang mendatangkan keuntungan berbillion ringgit  – anak -anak generasi baru FELDA yang sedang terbunuh setiap hari.

Media perdana  tidak lagi berani untuk menyiasat dan  mendedahkan malapetaka ini yang wujud disetiap rancangan FELDA  kerana ia adalah suatu keburukan sosial yang akan memberikan implikasi buruk kepada kerajaan yang meanggap kejayaan kewangan adalah segala-galanya

Kebangkitan dan kejayaan  masyarakat tani FELDA yang diterokai  oleh Tun Abdul Razak,gagal di kawal oleh anaknya Datuk Seri Najib  yang lebih sibuk menumpukan kepada kawalan kuasanya. Dia sedang membayar harga yang sangat tinggi kepada bangsanya.

– http://ift.tt/1oI7yHl

.



✍ Sumber Pautan : ☕ Malaysia Chronicle

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2sZXmgq

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!



Appear First on Khabar Melayu


Demikianlah Artikel GENERASI BARU FELDA TERBUNUH TIAP HARI DI SEBALIK UNTUNG FGV BERBILLION

Sekianlah artikel GENERASI BARU FELDA TERBUNUH TIAP HARI DI SEBALIK UNTUNG FGV BERBILLION kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel GENERASI BARU FELDA TERBUNUH TIAP HARI DI SEBALIK UNTUNG FGV BERBILLION dengan alamat link https://khabarmelayu.blogspot.com/2017/06/generasi-baru-felda-terbunuh-tiap-hari.html

Subscribe to receive free email updates: