Judul : George Clooney Timang Anak Kembar Pada Usia Emas
link : George Clooney Timang Anak Kembar Pada Usia Emas
George Clooney Timang Anak Kembar Pada Usia Emas
TAHNIAH diucapkan kepada George Clooney kerana akhirnya menjadi seorang bapa selepas menimang anak kembar lelaki dan perempuan pada usia emas iaitu 56 tahun!
Isteri kepada pelakon George Clooney iaitu Amal Clooney selamat melahirkan sepasang anak kembar lelaki dan perempuan semalam (Selasa).
Kedua-dua bayi itu diberikan nama Ella dan Alexander Clooney untuk pasangan kembar itu dalam satu kenyataan dikeluarkan kepada CNN.
“Pagi ini Amal dan George menyambut kelahiran Ella dan Alexander Clooney dan mereka kini berada dalam keadaan baik dan sihat,” kata kenyataan itu.
George dan Amal berkahwin tiga tahun lalu dalam sebuah majlis yang diadakan di Venice, Itali.
Sebelum ini, pelakon itu pernah menyuarakan kegusaran untuk bergelar bapa pada usianya yang kini memasuki lewat 50-an.
“Semua rakan-rakan saya sekarang sudah boleh bersenang-lenang kerana anak-anak mereka semua sudah besar.
“Mereka kini ketawakan saya kerana baru sekarang hendak mempunyai anak,” katanya ketika muncul dalam sebuah program bual bicara baru-baru ini.
Sementara itu rakan-rakan Hollywood Clooney yang lain memberikan ucapan tahniah mereka kepada aktor filem O Brother, Where Art Thou itu.-MYNEWSHUB.CC
Loading...
✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2qZVDLz
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Appear First on Khabar Melayu
Demikianlah Artikel George Clooney Timang Anak Kembar Pada Usia Emas
Anda sekarang membaca artikel George Clooney Timang Anak Kembar Pada Usia Emas dengan alamat link https://khabarmelayu.blogspot.com/2017/06/george-clooney-timang-anak-kembar-pada.html