Judul : Guan Eng: Pembangkang belum putuskan calon PM
link : Guan Eng: Pembangkang belum putuskan calon PM
Guan Eng: Pembangkang belum putuskan calon PM
MALAYSIAKINIPakatan Harapan (HARAPAN) belum membuat keputusan mengenai siapa yang akan menjadi perdana menteri gabungan itu jika memenangi pilihan raya umum ke-14 (PRU-14), kata Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng.
Difahamkan, beberapa pemimpin HARAPAN bakal bertemu pada Jumaat ini, 9 Jun, tetapi Lim memberitahu, agenda mengenai PM tidak berada dalam senarai minit mesyuarat itu.
Menyifatkan mesyuarat itu sebagai "biasa-biasa sahaja", Lim yang juga ketua menteri Pulau Pinang berkata, beberapa pemimpin parti komponen tidak akan hadir pada sesi berkenaan kerana berada di luar negara.
"Persoalan PM tidak akan diputuskan pada mesyuarat akan datang," kata Lim pada sidang media, hari ini.
Ini menjadi isu selepas bekas perdana menteri yang juga pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, beliau mungkin terpaksa mempertimbangkan untuk menjadi PM sekali lagi atas perancangan HARAPAN.
Beberapa pihak termasuk penganalisis dan pengkritik HARAPAN berkata, mereka menjangka perpecahan dalam pakatan pembangkang kerana parti komponen berbeza dalam pilihan PM mereka.
Bagaimanapun, Lim berkata, spekulasi perbalahan di kalangan pemimpin HARAPAN dalam isu berkenaan adalah 'propaganda BN' semata-mata.
Lim menegaskan, DAP tidak terlibat dalam mana-mana pertikaian dengan mana-mana parti komponen dalam HARAPAN.
"Jika ada sesiapa yang melibatkan DAP, anda boleh tanya saya, tetapi tidak ada, kita hanyalah sebahagian daripada perbincangan," ujar Lim lagi
Appear First on Khabar Melayu
Demikianlah Artikel Guan Eng: Pembangkang belum putuskan calon PM
Sekianlah artikel Guan Eng: Pembangkang belum putuskan calon PM kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Guan Eng: Pembangkang belum putuskan calon PM dengan alamat link https://khabarmelayu.blogspot.com/2017/06/guan-eng-pembangkang-belum-putuskan.html