HARAPAN MAHU DIDAFTARKAN SEBELUM RAYA

HARAPAN MAHU DIDAFTARKAN SEBELUM RAYA - Hallo sahabat KHABAR MELAYU, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul HARAPAN MAHU DIDAFTARKAN SEBELUM RAYA, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Khabar, Artikel Malaysia, Artikel Melayu, Artikel News, Artikel Perniagaan, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : HARAPAN MAHU DIDAFTARKAN SEBELUM RAYA
link : HARAPAN MAHU DIDAFTARKAN SEBELUM RAYA

Baca juga


HARAPAN MAHU DIDAFTARKAN SEBELUM RAYA

Minggu depan disebut bakal menjadi detik muktamad bagi Pakatan Harapan memperkemaskan struktut gabungan itu sebelum mengemukakan permohonan mendaftarkan pertubuhan itu secara rasmi sebelum Aidilfitri.

Timbalan Presiden Parti Amanah Negara (AMANAH) Salahuddin Ayub berkata, mereka dalam proses akhir membentuk jawatankuasa HARAPAN.

Turut diberi perhatian, katanya, ialah memberikan sentuhan terakhir untuk logo mereka.

“Mesyuarat peringkat akhir juga diadakan minggu hadapan bagi memuktamadkan segala perancangan.

“Sekarang kami dah ada struktur (jawatankuasa) dan nak polish (perkemaskan).

“Semua orang nak ambil bahagian dalam peringkat finishing touch (sentuhan terakhir) itu,” katanya kepada pemberita semasa sidang media di Wisma Amanah Negara, Kuala Lumpur.

Isu pendaftaran HARAPAN masih belum diselesaikan gabungan empat parti pembangkang utama itu ketika detik pilihan raya umum semakin menghampiri.

Antara isu yang dilihat mengekang pembentukan gabungan itu ialah susunan strukturnya serta logo rasmi.

Jasa besar Anwar

Pada 31 Mei lalu HARAPAN mengesahkan mereka mempunyai suatu logo diberi nama sebagai Harapan.

Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU), Tun Dr Mahathir Mohamad, berkata logo itu akan diumumkan secara rasmi kepada umum “pada Jumaat minggu hadapan”.

Mengenai logo, Salahuddin berkata, mereka meminta rekaan yang dipersetujui itu menjalani sedikit pengubahsuaian.

“Dan kalau tidak ada perkara (berbangkit) yang lain, kami akan cuba daftarkan Pakatan Harapan sebelum hari raya ini,” katanya.

Bekas anggota parlimen Kubang Kerian menjelaskan, hampir semua anggota jawatankuasa bersetuju dengan kedudukan yang disusun.

Sementara itu, diminta mengulas gesaan Pengerusi BERSIH Datuk Ambiga Sreenevasan, supaya HARAPAN berhenti memainkan isu calon perdana menteri, Salahuddin berkata nama Datuk Seri Anwar Ibrahim disebut kerana jasa disumbangkan Ketua Umum PKR itu terlalu besar,

Namum pada masa sama beliau menghormati pandangan Ambiga.

“Kami menghormati semua pandangan individu atau pertubuhan bukan kerajaan terhadap HARAPAN.

“(Sebenarnya nama Anwar disebut) berdasarkan sumbangan yang telah diberikan sejak era reformasi untuk membentuk dan mengukuhkan Pakatan Rakyat pada ketika itu.

“Apabila Pakatan Rakyat runtuh, kita bina Pakatan Harapan,” katanya.

Sebelum ini Ambiga dilaporkan berkata, mengulang-ulang menyebut nama Anwar sebagai calon perdana menteri seolah-olah memberi gambaran ia adalah matlamat utama bekas timbalan presiden Umno itu.

Pertikaian nama calon perdana menteri parti pembangkang juga, kata Ambiga kelihatan amat menjengkelkan.

Kata Salahuddin kesediaan Anwar menerima Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) juga menunjukkan Anwar berjiwa besar dan kesanggupan berkorban untuk kepentingan rakyat.

– M’kini

.



✍ Sumber Pautan : ☕ Malaysia Chronicle

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2rgPlU4

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!



Appear First on Khabar Melayu


Demikianlah Artikel HARAPAN MAHU DIDAFTARKAN SEBELUM RAYA

Sekianlah artikel HARAPAN MAHU DIDAFTARKAN SEBELUM RAYA kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel HARAPAN MAHU DIDAFTARKAN SEBELUM RAYA dengan alamat link https://khabarmelayu.blogspot.com/2017/06/harapan-mahu-didaftarkan-sebelum-raya.html

Subscribe to receive free email updates: