Harga Minyak Jatuh Lagi Minggu Ke-3 Berturut-Turut

Harga Minyak Jatuh Lagi Minggu Ke-3 Berturut-Turut - Hallo sahabat KHABAR MELAYU, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Harga Minyak Jatuh Lagi Minggu Ke-3 Berturut-Turut, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Khabar, Artikel Malaysia, Artikel Melayu, Artikel News, Artikel Perniagaan, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Harga Minyak Jatuh Lagi Minggu Ke-3 Berturut-Turut
link : Harga Minyak Jatuh Lagi Minggu Ke-3 Berturut-Turut

Baca juga


Harga Minyak Jatuh Lagi Minggu Ke-3 Berturut-Turut

PUTRAJAYA – Harga runcit siling bahan bakar ditetapkan secara mingguan mulai 30 Mac lalu, dan bagi tempoh minggu berikutnya menyaksikan semua jenis minyak turun lagi untuk minggu ketiga

Ia sudah dijangka pelbagai pihak ekoran ketidakstabilan situasi geopolitik akibat krisis diplomatik antara Arab Saudi dengan jirannya, Qatar sehingga mempengaruhi suasana penawaran bekalan minyak mentah di pasaran dunia.

Menurut laporan Berita N5 yang disiarkan oleh stesen TV1 RTM pada jam 5 petang Rabu, harga siling terbaharu produk RON 95 kini menjadi sebanyak RM1.98 seliter, turun tujuh sen berbanding sebelumnya iaitu RM2.05 seliter.

Manakala had harga runcit untuk petrol premium jenis RON 97 dalam tempoh seminggu akan datang pula telah ditetapkan kepada RM2.24 seliter, juga turun sebanyak tujuh sen dibandingkan sebelumnya iaitu RM2.31 seliter.

Dalam pada itu, harga runcit baharu untuk minyak diesel dalam tempoh tujuh hari yang sama diumumkan menjadi hanya RM1.88 seliter iaitu merosot enam sen sahaja berbanding RM1.94 seliter ketika tempoh minggu sebelumnya.

Stesen penyiaran awam kebangsaan berkenaan melaporkan bahawa kesemua harga siling baharu untuk produk petroleum tersebut bermula dari pukul 12.01 tengah malam 15 Jun sehingga 11.59 malam 21 Jun depan.

Mulai 29 Mac lalu, Kabinet memutuskan penetapan harga runcit bahan api secara mingguan bagi membolehkan pengguna dapat menikmati trend kadar lebih stabil berbanding harga bulanan yang dilaksanakan sebelum ini.

Pihak kerajaan sebelum itu melaksanakan penetapan harga siling bulanan secara kaedah pengapungan terkawal dengan mengguna pakai sistem kiraan formula Mekanisme Harga Automatik yang ditetapkan sejak 1983.

Penetapan harga runcit minyak secara bulanan itu sudah lama dilaksanakan oleh pihak Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) yang telah bermula pada awal Disember 2014 lalu.

Namun, pengumuman rasmi secara mingguan dijangka dapat mengurangkan kegelisahan pengguna kerana perubahan harga tidak begitu ketara berikutan tempoh pengiraan pendek. – Mynewshub.cc/HAA

Loading...



✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2rZXhvO

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!



Appear First on Khabar Melayu


Demikianlah Artikel Harga Minyak Jatuh Lagi Minggu Ke-3 Berturut-Turut

Sekianlah artikel Harga Minyak Jatuh Lagi Minggu Ke-3 Berturut-Turut kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Harga Minyak Jatuh Lagi Minggu Ke-3 Berturut-Turut dengan alamat link https://khabarmelayu.blogspot.com/2017/06/harga-minyak-jatuh-lagi-minggu-ke-3.html

Subscribe to receive free email updates: