Hargai Persahabatan Setiakawan Dalam Perjuang UMNO

Hargai Persahabatan Setiakawan Dalam Perjuang UMNO - Hallo sahabat KHABAR MELAYU, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Hargai Persahabatan Setiakawan Dalam Perjuang UMNO, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Khabar, Artikel Malaysia, Artikel Melayu, Artikel News, Artikel Perniagaan, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Hargai Persahabatan Setiakawan Dalam Perjuang UMNO
link : Hargai Persahabatan Setiakawan Dalam Perjuang UMNO

Baca juga


Hargai Persahabatan Setiakawan Dalam Perjuang UMNO

PUTRAJAYA – Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak menghargai persahabatan dan semangat setiakawan rakan seperjuangan UMNO yang jujur dan ikhlas sehingga parti keramat itu kekal teguh.

Berucap pada majlis berbuka puasa bersama kira-kira 2,500 sahabat dan setiakawan di Seri Perdana di sini hari ini, Presiden UMNO itu berkata beliau terharu rakan seperjuangan yang tidak mengira masa senang atau susah yang kekal bersamanya dan tidak mengkhianati parti itu

“Tiada apa yang lebih bernilai daripada persahabatan yang jujur dan ikhlas antara kita yang sudah mengenali isi hati dan sanubari rakan-rakan berikutan apa yang kita lalui (sebelum ini).

“Dalam sesuatu perjuangan, yang memberi kita kepuasan dan keseronokan ialah apabila kita mempunyai lebih ramai kawan dan sahabat yang sentiasa berada di sisi kita.

“Kalau senang dan ada kuasa, kawan ramai, orang ramai sekeliling kita…kita tidak jemput pun mereka hadir tetapi apabila pada waktu susah, orang bersama kita…itu tanda kejujuran dan keikhlasan perjuangan,” katanya.

Hadir sama ialah isteri perdana menteri Datin Seri Rosmah Mansor.

Pada majlis itu, Najib dan Rosmah turut menyampaikan sumbangan zakat kepada kira-kira 160 anak-anak yatim dari tiga buah rumah anak yatim – Rumah Ilham, Rumah Kebajikan Anak Yatim Alkhairiyah dan Maahad Tahfiz Ittifaqiyah.

Najib berkata beliau dan rakan seperjuangannya sentiasa mengenang budi dan nilai perjuangan parti UMNO.

“Kita akan teruskan perjuangan parti. Parti kita akan terus kuat…kita terhutang pada UMNO. Apa yang kita dapat hari ini kerana perjuangan parti UMNO. Rezeki kita hari ini kerana parti UMNO. Apa sahaja kita dapat hari ini adalah kerana perjuangan UMNO. Jangan lupa jasa UMNO.

“Kita tidak kuat, saya pun tidak kuat tetapi UMNO yang kuat. Kita kuat kerana UMNO di belakang kita. Parti keramat itu menyebabkan kita kuat, sebab itu Putrajaya milik kita.

“Kita mesti berjuang untuk UMNO dalam apa jua keadaan. Kita tak janjikan pangkat dan kontrak atau apa-apa. Kita cuba janjikan perjuangan. Kalau ada rezeki, Allah akan tentukan rezeki sebanyak mana kepada kita. Kalau kita berjuang kerana Allah kerana ikhlas, ada bahagian untuk kita nanti,” katanya.

Pada majlis itu, Najib dan Rosmah turut memotong pulut kuning sebagai tanda penghargaan persahabatan dan setiakawan.

Najib dan tetamu turut menunaikan solat Maghrib, Isyak dan Tarawih berjemaah. – BERNAMA

Loading...




✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2qQb9FR

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!



Appear First on Khabar Melayu


Demikianlah Artikel Hargai Persahabatan Setiakawan Dalam Perjuang UMNO

Sekianlah artikel Hargai Persahabatan Setiakawan Dalam Perjuang UMNO kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Hargai Persahabatan Setiakawan Dalam Perjuang UMNO dengan alamat link https://khabarmelayu.blogspot.com/2017/06/hargai-persahabatan-setiakawan-dalam.html

Subscribe to receive free email updates: