Ibu Tunggal Tinggal Bawah Rumah Dapat Perhatian

Ibu Tunggal Tinggal Bawah Rumah Dapat Perhatian - Hallo sahabat KHABAR MELAYU, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Ibu Tunggal Tinggal Bawah Rumah Dapat Perhatian, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Khabar, Artikel Malaysia, Artikel Melayu, Artikel News, Artikel Perniagaan, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Ibu Tunggal Tinggal Bawah Rumah Dapat Perhatian
link : Ibu Tunggal Tinggal Bawah Rumah Dapat Perhatian

Baca juga


Ibu Tunggal Tinggal Bawah Rumah Dapat Perhatian

TELUK INTAN – Kisah seorang ibu tunggal yang tinggal bawah rumah sejak hampir sebulan lalu di Kampung Durian Sebatang dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) Pasir Bedamar, di sini, mendapat perhatian wakil rakyat setempat dan ahli politik serta agensi kerajaan.

Latifah Abdul Rahim, 53, bersama enam anaknya hidup dalam keadaan serba daif selepas rumah yang mereka duduki terpaksa dirobohkan berikutan sudah reput dan berbahaya untuk diduduki serta dibimbangi menimpa rumah ibu beliau yang berada di sebelahnya.

Wanita tersebut memilih tinggal di bawah rumah milik ibunya berikutan rumah itu sempit dan uzur serta turut didiami enam lagi anggota keluarganya.

Ketua UMNO Bahagian Teluk Intan Datuk Mohd Azhar Jamaluddin berkata keluarga malang itu akan diberi bantuan dari segi kos membaiki rumah usang yang telah didirikan lebih 60 tahun.

“Kes Latifah ini sememangnya dalam pengetahuan saya dan pentadbiran daerah dan dibincangkan dalam mesyuarat Focus Group Daerah (FGD).

“Sehubungan itu kita bersetuju untuk menambah baik rumah ibu Latifah secara tanggungjawab sosial korporat dan gotong-royong yang akan dilakukan pihak Pusat Kemahiran Giat Mara bagi membolehkan dua keluarga itu mendapat kediaman yang lebih selesa,” kata Mohd Azhar.

Beliau yang juga Anggota Dewan Undangan Negeri Changkat Jong berkata demikian ketika ditemui melawat dan menyampaikan sumbangan kotak makanan Yayasan Bina Upaya Darul Ridzuan selain melihat keperluan keluarga Latifah untuk persiapan Hari Raya.

Beliau berkata, rumah asal Latifah dan ibunya terletak dalam tanah rizab maka kerajaan tidak boleh membina kediaman, sebaliknya hanya boleh mengeluarkan peruntukan bagi kos membaiki sahaja.

Jelasnya kos baik pulih dianggarkan RM20,000 dan kerja pemulihan akan bermula secepat mungkin bagi membolehkan keluarga itu menyambut Aidilfitri.

“Peruntukan datang daripada KKLW (Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah) dan Pejabat Daerah dan Tanah Hilir Perak bagi membaiki atau membesarkan rumah ibunya,” katanya.

Sementara itu Latifah ketika ditemui melahirkan rasa syukur atas keprihatinan pelbagai pihak tampil membantu meringankan bebannya. – BERNAMA

Loading...



✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2snaIqi

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!



Appear First on Khabar Melayu


Demikianlah Artikel Ibu Tunggal Tinggal Bawah Rumah Dapat Perhatian

Sekianlah artikel Ibu Tunggal Tinggal Bawah Rumah Dapat Perhatian kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Ibu Tunggal Tinggal Bawah Rumah Dapat Perhatian dengan alamat link https://khabarmelayu.blogspot.com/2017/06/ibu-tunggal-tinggal-bawah-rumah-dapat.html

Subscribe to receive free email updates: