Judul : Ini kerja budak-budak - Ismail Kijo
link : Ini kerja budak-budak - Ismail Kijo
Ini kerja budak-budak - Ismail Kijo
Oleh Ahmad Farhain Mazlan
SHAH ALAM: Ketua Umno Bahagian Ampang, Datuk Ismail Kijo menafikan sekeras-kerasnya penglibatan beliau dalam perbualan Whatsapp bersama Datuk Seri Jamal Md Yunos sebagaimana yang tersebar di Facebook hari ini.
Ujar Ismail, tindakan berkenaan adalah fitnah yang dilakukan pihak yang tidak bertanggungjawab untuk mencemarkan imej beliau dan Jamal.
"Apabila saya baca laporan itu, ayatnya terlampau kebudak-budakan, kalau mereka bijak dan tekniknya buat menggunakan nombor telefon Jamal dan nombor telefon saya, itu memang ada teknik dibuat oleh ahli-ahli komputer atau sebagainya, dia memang tahu cara betul itu, dah bagus lah itu, kepandaian itu saya boleh tabiklah.
"Saya tengok ayat itu bukan ayat ahli politik, itu ayat budak-budak yang baru belajar politik, contohnya apabila Jamal kata kalau dia jadi Menteri Besar, dia akan lantik saya jadi sebagai Exco kanan, selepas itu saya mengucapkan terima kasih kepada Jamal kerana memberi kepercayaan kepada saya. Ini bahasa budak-budak," katanya ketika dihubungi oleh Antarapos.
Terdahulu, satu perbualan Whatsapp antara Ketua Umno Bahagian Sungai Besar, Datuk Seri Jamal Md Yunos bersama penyokongnya, tersebar di Facebook.
Di dalam perbualan 'Group Whatsapp' dinamakan Gerakan Merah itu, Jamal menyatakan hasrat untuk menjadi Menteri Besar sekiranya Pakatan Harapan (PH) tewas di Selangor pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) akan datang.
Dalam perbualan itu juga, Jamal berkata akan melantik Ismail sebagai salah seorang Exco kanannya.
Dalam pada itu Ismail menambah, kenyataan yang ditulis didalam perbualan itu juga tidak menepati peribadi dan tuturcara seorang ahli politik yang sudah lama berkecimpung dalam arena berkenaan.
"Budak-budak bodoh sahaja yang akan buat (kenyataan) sebegitu, tapi saya anggap budak yang buat ini adalah tidak bijak langsung dari segi sudut politik negara, yang saya ini Ketua Bahagian dan Wakil Rakyat tiga penggal dahulu dan saya dah terlibat dalam politik dah lama sangat.
"Tapi saya boleh menyatakan bahawa kalau orang kata sumpah laknat, orang kata kalau sumpah laknat ini kita kena bersumpah atas nama Allah, Wallahi Wassalahi Wabillahi, saya tak buat benda ini pun.
"Takkan sebodoh itu saya akan menggunakan ayat yang digunakan oleh (pihak) yang buat ini, kalau orang politik betul malulah saya kalau bahasa saya macam itu," katanya lagi.
Ismail juga berkata pihaknya akan membuat laporan polis selepas mengadakan perbincangan bersama Jamal dan Pengerusi Perhubungan Umno negeri.
"Itu (mesej) tidak betul, saya tidak pernah membuat kenyataan itu, teknik itu membuat seolah-olah Jamal bercakap dan saya tidak membuat kenyataan itu, itu hanyalah satu fitnah, ada yang menasihatkan saya membuat laporan polis.
"Penyokong Jamal sudah buat laporan polis, saya belum lagi kerana masih menunggu Jamal untuk pulang dan adakan perbincangan bersama Pengerusi Perhubungan apa yang patut dilakukan," ujar beliau.
Difahamkan, Jamal kini sedang menunaikan ibadah umrah di Mekah.
Appear First on Khabar Melayu
Demikianlah Artikel Ini kerja budak-budak - Ismail Kijo
Sekianlah artikel Ini kerja budak-budak - Ismail Kijo kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Ini kerja budak-budak - Ismail Kijo dengan alamat link https://khabarmelayu.blogspot.com/2017/06/ini-kerja-budak-budak-ismail-kijo.html