Judul : Jangan ada kecacatan dalam perkhidmatan Prasarana - PM Najib
link : Jangan ada kecacatan dalam perkhidmatan Prasarana - PM Najib
Jangan ada kecacatan dalam perkhidmatan Prasarana - PM Najib
Beliau menjelaskan, ia dapat dicapai dengan amalan budaya kerja prestasi tinggi selain memastikan kerja yang dilakukan pada tahap terbaik.
"Penanda aras bagi sistem pengangkutan yang digunakan rakyat ini perlu sentiasa sifar masalah," katanya semasa Majlis Sepetang Perdana Menteri bersama warga kerja Prasarana di sini hari ini.
Turut hadir Pengerusi Kumpulan Prasarana Tan Sri Ismail Adam dan Presiden merangkap Ketua Pegawai Eksekutif Prasarana Datuk Seri Azmi Abdul Aziz.
Majlis itu merupakan platform Prasarana untuk menyatakan rasa terima kasih dan penghargaan atas jasa dan bakti Datuk Seri Najib dalam pembangunan pengangkutan awam negara.Ia sekali gus menjulang perdana menteri sebagai ikon Pemacu Transformasi Pengangkutan Awam.
Dalam pada itu kata Datuk Seri Najib, pulangan ekonomi dijana Prasarana Malaysia Bhd. (Prasarana) pada 2016 dianggar bernilai RM13.3 bilion.
Jelasnya, anggaran itu dijangka mencapai RM17 bilion pada tahun ini.
"Ia berdasarkan kepada penjimatan dalam masa perjalanan pengguna dan kos kendalian kenderaan di samping nilai penjimatan masa yang dinikmati.
"Ini baru pada peringkat 21 peratus perkongsian modal pengangkutan awam yang kita alami sekarang.
"Bayangkan nilai sumbangan ekonomi kepada negara apabila perkongsian ini dipertingkatkan kepada 40 peratus menjelang tahun 2030," ujarnya.
Pada majlis sama, Datuk Seri Najib turut menjawab beberapa isu dan persoalan yang dikemukakan kakitangan Prasarana.
✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2siI0XN
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Appear First on Khabar Melayu
Demikianlah Artikel Jangan ada kecacatan dalam perkhidmatan Prasarana - PM Najib
Anda sekarang membaca artikel Jangan ada kecacatan dalam perkhidmatan Prasarana - PM Najib dengan alamat link https://khabarmelayu.blogspot.com/2017/06/jangan-ada-kecacatan-dalam-perkhidmatan.html