Johor akan terus pantau situasi zika di Singapura

Johor akan terus pantau situasi zika di Singapura - Hallo sahabat KHABAR MELAYU, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Johor akan terus pantau situasi zika di Singapura, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Khabar, Artikel Malaysia, Artikel Melayu, Artikel News, Artikel Perniagaan, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Johor akan terus pantau situasi zika di Singapura
link : Johor akan terus pantau situasi zika di Singapura

Baca juga


Johor akan terus pantau situasi zika di Singapura

JOHOR BAHRU: Pejabat Kesihatan Daerah Johor Bahru (PKDJB) sedang memantau perkembangan kes virus Zika di Singapura susulan dua kes baharu dilaporkan di republik itu, kata Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Alam Sekitar, Penerangan dan Pendidikan Johor Datuk Ayub Rahmat.

Beliau berkata jika kes meningkat, pihaknya akan menambah bilangan penolong pegawai kesihatan persekitaran di kedua-dua pintu masuk antarabangsa darat di negeri ini selain menempatkan pasukan paramedik.

"Kami juga meminta kerjasama pihak Jabatan Imigresen untuk merujuk kes disyaki ke klinik kesihatan selain mengedarkan risalah dan memaparkan mesej berkaitan zika pada paparan digital di pintu masuk," katanya dalam kenyataan hari ini.

Selain itu, Ayub berkata pihaknya telah meminta klinik kesihatan di Gelang Patah melakukan pengesanan kes-kes disyaki melalui simptom demam dan konjunktivitis, terutama bagi mereka yang berulang-alik ke Singapura.

Katanya pada masa sama, pencegahan dan kawalan vektor akan terus ditumpukan di lokaliti atau taman perumahan yang ramai penduduknya berulang-alik ke Singapura.

Media Singapura melaporkan kes terbaharu zika itu disahkan Agensi Alam Sekitar Kebangsaan (NEA) pada Jumaat dengan jangkitan berlaku di Parry Avenue dalam kawasan Serangoon Garden.

Kedua-dua mangsa merupakan penduduk di kawasan terbabit dan NEA telah memulakan operasi untuk memusnahkan tempat pembiakan nyamuk di kawasan berkenaan.

--BERNAMA



✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2reuQv6

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!



Appear First on Khabar Melayu


Demikianlah Artikel Johor akan terus pantau situasi zika di Singapura

Sekianlah artikel Johor akan terus pantau situasi zika di Singapura kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Johor akan terus pantau situasi zika di Singapura dengan alamat link https://khabarmelayu.blogspot.com/2017/06/johor-akan-terus-pantau-situasi-zika-di_11.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :