Kabinet Setuju "Menubuhkan" RCI Untuk Siasat Kerugian Forex BNM

Kabinet Setuju "Menubuhkan" RCI Untuk Siasat Kerugian Forex BNM - Hallo sahabat KHABAR MELAYU, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Kabinet Setuju "Menubuhkan" RCI Untuk Siasat Kerugian Forex BNM, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Khabar, Artikel Malaysia, Artikel Melayu, Artikel News, Artikel Perniagaan, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Kabinet Setuju "Menubuhkan" RCI Untuk Siasat Kerugian Forex BNM
link : Kabinet Setuju "Menubuhkan" RCI Untuk Siasat Kerugian Forex BNM

Baca juga


Kabinet Setuju "Menubuhkan" RCI Untuk Siasat Kerugian Forex BNM


PETALING JAYA: Kabinet hari ini bersetuju dengan syor pasukan petugas khas (PPK) yang mengesyorkan terdapat keperluan menubuhkan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) bagi membolehkan siasatan mengenai kerugian Bank Negara Malaysia (BNM) sekitar tahun 1980-an dan 1990-an. 

Pejabat Perdana Menteri (PMO) berkata hasil laporan PPK yang dibentangkan hari ini mendapati wujudnya kes prima facie bagi kerugian BNM akibat dagangan mata wang asing dalam tempoh tersebut. 

“Penubuhan RCI ini akan membolehkan siasatan terperinci yang lebih menyeluruh dapat dilakukan berdasarkan lunas-lunas perundangan dan dilindungi di bawah Akta 119. 

“Penubuhan RCI ini juga adalah bertujuan untuk menjaga kepentingan awam di mana kerugian sebenar BNM akibat urus niaga mata wang asing melibatkan rizab negara dapat dipastikan.

“Ini ialah kerana siasatan awal PPK mendapati jumlah kerugian adalah lebih besar daripada apa yang telah dilaporkan kepada Jemaah Menteri dan Parlimen,” kata PMO menerusi kenyataan hari ini. 

PMO berkata hasil laporan PPK juga mendapati terdapat elemen menyembunyikan fakta sebenar kerugian dengan mengemukakan maklumat yang bertujuan mengelirukan jemaah menteri dan Parlimen. 

“Penubuhan RCI ini seterusnya diharap mampu merangkaikan isu ini yang membelenggu negara sejak 23 tahun lalu,” katanya. PPK ditubuhkan 15 Februari lalu dan dipengerusikan bekas ketua setiausaha kerajaan Tan Sri Sidek Hassan. 

Ia ditubuhkan bagi menyiasat kerugian yang dialami bank pusat itu antara 1991 dan 1993. Awal Februari lalu, bekas penolong gabenor BNM Datuk Abdul Murad Khalid mendedahkan bank pusat itu mengalami kerugian AS$10 bilion (RM44 bilion) dalam urus niaga perdagangan mata wang pada awal 90-an. #sumber


Appear First on Khabar Melayu


Demikianlah Artikel Kabinet Setuju "Menubuhkan" RCI Untuk Siasat Kerugian Forex BNM

Sekianlah artikel Kabinet Setuju "Menubuhkan" RCI Untuk Siasat Kerugian Forex BNM kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Kabinet Setuju "Menubuhkan" RCI Untuk Siasat Kerugian Forex BNM dengan alamat link https://khabarmelayu.blogspot.com/2017/06/kabinet-setuju-menubuhkan-rci-untuk.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :