Judul : Kakak dan Aku Yang Masih Terkapaikapai
link : Kakak dan Aku Yang Masih Terkapaikapai
Kakak dan Aku Yang Masih Terkapaikapai
Terima Kasih Admin approved.
Well, aku umur 24 tahun baru je grad bulan 7 tahun lepas. bulan 7 tahun ni cukup la setahun aku menganggur. Mak ayah aku dah takde. Sekarang aku hidup dengan diri sendiri.
Terms menganggur bagi aku korang semua jangan salah faham. Aku menganggur tapi aku bekerja cuma takde epf socso sebab aku kerja kontrak. Dapatlah sebulan RM1k. June ni last la kontrak aku. Julai ni baru aku layak dipanggil penganggur.
Realiti kehidupan lepas habis degree ni sumpah weyy, susah gila. Habis belajar ni la aku rasa aku belajar cara nak tambah duit, baca buku financial macam mana nak bezakan asset dan liabiliti. Takde dah nak keluar ngan kawan kawan berjimba huhaa huhaa sana sini. Habis degree, aku terus cari kerja apply dekat Jobstreet ( hampir 300 applications aku hantar). Out of 300 ni hanya 3 company yang panggil aku untuk interview. Hew Hew Hew. Apply dekat website company maksudnya aku apply dua kali. Dekat Jobstreet satu, dekat company satu. Hahaha. Tapi masih tak dapat. Krik Krik Krik.
Aku google jugak What is the best resume, How to make employer employs you.. Aku siap bukak YouTube lagi bukak tutorial belajar Adobe Illustrator nak buat resume at the same time aku nak tambah skill. But in the end, masih diam membisu panggilan temuduga. Pagi tadi aku bukak website How to survive when you are broke? Sebab sekarang duit aku tinggal rm25 je dalam bank.Sedih tengok kawan kawan ramai dah kerja. Tapi aku masih di sini kerja sendiri, buat dropship baju,( padahal takde orang order pun. Haha), buat part time tuisyen budak2 UPSR dan PMR.
Baju raya pun aku tak beli lagi sebab tak cukup duit( Selalu mak aku dah siapkan). Duit part time aku tu aku simpan siap2 dalam ASB sebab takut terguna. Sebab sekarang aku dalam perancangan nak beli kereta secondhand. Cukuplah sekadar untuk aku senang pergi interview dan kerja. Pengangkutan yang aku ada sekarang ni moto. Moto yang aku guna sekarang ni motor kawan aku. So, aku takde transport. Mesti korang suruh aku naik motor. Haha. Aku insecure la ngan motor. Banyak sangat kes motor ni accident depan mata aku sampai tahap rider melambung macam angry birds dah. Aku trauma maybe.
Penat jugak menganggur ni, sumpah rasa kesempitan sangat hidup ni. Sekarang pun dah rasa lemas sebab aku punya simpanan sekarang tak sampai rm30 dalam bank. Minggu lepas motor aku buat hal, tiub tayar rosak, tayar dah haus. Okla aku memang dah simpan duit untuk emergency case macam ni. Sekali tukar RM100 jugak. Lepas tu masa aku nak balik kolej dekat selekoh aku bagi la signal nak masuk simpang, kereta yang nak keluar dari simpang duk tunggu aku. Aku pelik la aku rasa aku dah bagi signal, rupa-rupanya lampu signal aku tak menyala. Aku rasa aku kene sumpah sebab bagi signal yang tak menyala.
Okla, petang tu aku pergi kedai moto balik nak caj bateri motor ye la sebab bateri kering kan. Jimat skit. Sampai je kedai, apek cakap bateri aku dah rosak kene tukar. Okla tukar. Duit masa tu ade rm70 je kat tangan cukup2 untuk tukar je. Skali dia cek rosak ignition plak. Aku tak tau nak panggil apa yang keluarkan current tu kalau attached dekat metal. Apek tu buat la test kot2 aku tak percaya. End up total cost hari tu untuk tukar bateri RM120. Hmmm.
Takpe la. Redha. Walaupun aku tahu aku macam kene tipu. Yela, kalo aku tak tukar macam mana aku nak balik. Moto tu pun dah mati.
Nak dijadikan cerita, aku pinjam la ngan kakak aku lagi balance untuk bayar harga baiki motor tu. Sekali kakak aku transfer rm100. Aku tau dia gaji takde la besar mana, tak sampai rm2000 pun sebulan. Bagi aku rm100 dia transfer tu banyak bagi aku. Sebab aku mintak rm50 je. End up dia bagi rm100. Okla aku cakap aku pinjam dulu.
Lusanya duit part time tuisyen aku masuk, aku pun nak bayar la balik kat kakak aku. Kau tahu, dia tak nak pun dia suruh aku guna je duit tu and then dia top up lagi duit belanja kat aku rm100. Terkejut aku. Sebab aku tahu dia tak kaya mana pun. Aku ade je abang-abang yang kerja income rm6000 sebulan punya gaji. Tapi aku rasa macam abang abang aku ni fikir aku boleh survived kot. Takpe la aku survived lah. Sampaikan zakat fitrah tu pun kakak aku yang gaji tak sampai rm2k tu jugak yang bayarkan. Mesti korang fikir,
Alah, zakat fitrah 7 ringgit je. Bayar je la sendiri.
No! bukan itu isu dia. Isu dia sekarang ni tanggungjawab. Siapa yang perlu kisahkan aku lepas mak ayah takde? abang-abang la kan. Maybe abang aku ingat aku boleh survived. Takpe la aku survived. Gaji kakak aku yang tak sampai rm2k tu jugak la yang tolong aku saat memerlukan. Banyak lagi yang kakak aku ni tolong aku. Bulan2 dia bagi kat aku rm100 setiap bulan sebelum ni. Aku bahagia la kejap pastu secure je belanja sakan duit tu. Dua bulan lepas kot, aku cakap kat dia bagi rm50 je sebab aku tahu dia tak kaya mana.
Apa yang aku boleh belajar kehidupan lepas degree ni. Tak seindah khabar dari rupa. Tak semestinya kau grad terus dapat kerja, well ada sesetengah tu dapat. Alhamdulillah rezeki dia. Aku sembahyang je Dhuha buat je semua tips2 murah rezeki tu. Tapi mungkin belum masa nya lagi. Sampaikan junior masa degree pun pelik kenapa la aku tak keje2 sebagai injinuur lagi(Engineer guys), siap tanya pointer aku grad lagi nak tahu berapa. Sakai kan junior aku tu? Haha
Lepas raya ni dia kahwin, aku just nak dia sihat selalu, bahagia di sisi suami dia dan moga Allah merahmati mu selalu wahai kakakku. Sebab aku malu nak cakap depan dia.
Btw guys, doakan aku dapat kerja supaya aku boleh belanja kakak aku Nandos.
Yang tulus ikhlas
-adikmu-
Yang Terkapai
Sumber & Kredit: iiumc
✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2tiViRY
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Appear First on Khabar Melayu
Demikianlah Artikel Kakak dan Aku Yang Masih Terkapaikapai
Anda sekarang membaca artikel Kakak dan Aku Yang Masih Terkapaikapai dengan alamat link https://khabarmelayu.blogspot.com/2017/06/kakak-dan-aku-yang-masih-terkapaikapai.html