Judul : Kebakaran London: Bomba sahkan ada kematian, bangunan dikhuatiri runtuh
link : Kebakaran London: Bomba sahkan ada kematian, bangunan dikhuatiri runtuh
Kebakaran London: Bomba sahkan ada kematian, bangunan dikhuatiri runtuh
LONDON: Beberapa orang disahkan terbunuh dalam kejadian kebakaran di pangsapuri Grenfell Tower, London pada Rabu, kata Pesuruhjaya Bomba London, Dany Cotton.Selain itu, pihak London Ambulance turut mengesahkan 50 yang lain sedang dirawat di hospital.
Menurut laporan BBC, kesemua tingkat bangunan terbabit terbakar dan ada kebimbangan ia akan runtuh.
Laporan kebakaran di Latimer Road, Barat London itu diterima pada kira-kira jam 12.54 tengah malam waktu tempatan.
Polis tempatan memberitahu, kerja-kerja menyelamat dan memindahkan mangsa yang terperangkap giat dijalankan, manakala mereka yang cedera digegaskan ke pusat rawatan.
Pada awalnya, ramai saksi menceritakan semula bahawa mereka melihat kerlipan cahaya dari aras tinggi bangunan menara dengan 120 unit apartmen itu, dipercayai daripada penduduk yang meminta tolong agar mereka dikenal pasti dan diselamatkan.
Pihak bomba dan penyelamat London turut mengerahkan 40 jentera pemadam api dan 200 anggotanya untuk memadamkan kebakaran yang telah merebak dari tingkat dua hingga ke aras puncak menara itu.
Punca kebakaran itu belum diketahui dan pihak berkuasa akan segera memulakan siasatan.
✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2s09AZ1
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Appear First on Khabar Melayu
Demikianlah Artikel Kebakaran London: Bomba sahkan ada kematian, bangunan dikhuatiri runtuh
Anda sekarang membaca artikel Kebakaran London: Bomba sahkan ada kematian, bangunan dikhuatiri runtuh dengan alamat link https://khabarmelayu.blogspot.com/2017/06/kebakaran-london-bomba-sahkan-ada.html