Kejadian buli di Pulau Pinang kejam, zalim - Mahdzir

Kejadian buli di Pulau Pinang kejam, zalim - Mahdzir - Hallo sahabat KHABAR MELAYU, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Kejadian buli di Pulau Pinang kejam, zalim - Mahdzir, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Khabar, Artikel Malaysia, Artikel Melayu, Artikel News, Artikel Perniagaan, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Kejadian buli di Pulau Pinang kejam, zalim - Mahdzir
link : Kejadian buli di Pulau Pinang kejam, zalim - Mahdzir

Baca juga


Kejadian buli di Pulau Pinang kejam, zalim - Mahdzir

PADANG TERAP: Kementerian Pendidikan mengakui ada kecenderungan untuk perbuatan buli bertukar menjadi kejam dan zalim termasuk dalam kalangan pelajar di sekolah sekiranya ia gagal dibendung.

Justeru menterinya Datuk Seri Mahdzir Khalid menggesa para guru supaya peka dengan perkembangan semasa pelajar masing-masing untuk memudahkan mereka mengesan sebarang kecenderungan ke arah perlakuan buli.

"Nasihat saya kepada yang berada di sekolah dan juga pegawai pendidikan daerah dan Jabatan Pendidikan Negeri, kita mesti berada pada tahap yang paling maksimum daripada segi mengesan, mengetahui apa yang sedang berlaku di bawah.

"Kejadian yang berlaku itu, pada saya, nampak kejam dan sangat zalim," kata Mahdzir.

Beliau dalam pada itu berharap guru, ibu bapa dan masyarakat dapat bekerjasama untuk melihat daripada sudut mana boleh dibantu anak-anak yang bermasalah seumpama ini terutama kemurungan yang ada kecenderungan untuk melakukan perbuatan seperti itu.

Beliau berkata demikian ketika mengulas kes buli dan liwat ke atas seorang remaja berusia 19 tahun, T Nhaveen, di Pulau Pinang sehingga menyebabkan mangsa meninggal dunia..

Mengulas kes itu, beliau berkata maklumat diterima mengesahkan mangsa adalah lepasan sekolah, begitu juga lima suspek yang ditahan kecuali dua yang masih bersekolah..

Kes berada dalam bidang kuasa polis dan kementerian menyerahkan kepada pihak berkuasa untuk menjalankan siasatan.

Sementara itu, Mahdzir berkata selain kes buli, Kementerian Pendidikan turut memandang serius isu pembabitan pelajar dalam kes dadah.

Mengikut statistik, seramai 1,732 pelajar sekolah dikesan terbabit dalam penyalahgunaan dadah pada 2016.

"Kalau kita ambil daripada jumlah pelajar di sekolah menengah di seluruh negara, kita mempunyai keseluruhan pelajar lebih daripada dua juta.

"Sememangnya saya akui ada dalam kalangan pelajar ini yang terlibat dengan penagihan dadah dan hotspot yang dikenal pasti di mana mereka terlibat dengan penggunaan ataupun penyalahgunaan dadah," kata Mahdzir.

Menurutnya pihak Kementerian bekerjasama rapat dengan Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) dalam mengenal pasti pelajar yang terlibat dengan penyalahgunaan dadah.

Jelasnya, Kementerian Pendidikan boleh memberi nasihat serta menggerakkan usaha pencegahan. Namun sekiranya ia tetap berlaku dan melangkau jauh sehingga menjadi kes polis, pihak ibu bapa atau penjaga perlu berunding dengan polis dan AADK.

Beliau berkata demikian ketika ditemui sempena Program Kasih Ramadan di Masjid Kampung Tanjung Kiri dekat Padang Terap.

Pada program itu 200 penerima dari seluruh daerah Padang Terap menerima bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat.



✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2rzayNj

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!



Appear First on Khabar Melayu


Demikianlah Artikel Kejadian buli di Pulau Pinang kejam, zalim - Mahdzir

Sekianlah artikel Kejadian buli di Pulau Pinang kejam, zalim - Mahdzir kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Kejadian buli di Pulau Pinang kejam, zalim - Mahdzir dengan alamat link https://khabarmelayu.blogspot.com/2017/06/kejadian-buli-di-pulau-pinang-kejam.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :