Judul : Kelab Tersohor Dunia Dijangka Sertai Ragbi 10s Sempena Jubli Emas Cobra
link : Kelab Tersohor Dunia Dijangka Sertai Ragbi 10s Sempena Jubli Emas Cobra
Kelab Tersohor Dunia Dijangka Sertai Ragbi 10s Sempena Jubli Emas Cobra
KUALA LUMPUR – Peminat sukan tanah air berpeluang menyaksikan gelagat serta aksi hebat pemain bertaraf dunia pada Kejohanan Ragbi Cobra 10 Sebelah (10s) pada 10 dan 11 Nov ini, kata Presiden Kelab Persatuan Ragbi Gabungan Bekas Pemain (Cobra), Lt Kol (B) Tommy Pereira.
Sempena dengan jubli emas persatuan itu tahun ini, Cobra telah menjemput kelab-kelab utama dunia menyertai kejohanan tahunan melibatkan 16 pasukan itu.
Kejohanan yang dimulakan pada 1967 melibatkan kelab tempatan dan sebilangan kecil pasukan jemputan asing, pertandingan itu mula menempa nama di persada antarabangsa pada 1992 dengan penyertaan pemain-pemain tersohor mewakili beberapa kelab utama dunia.
Semenjak itu, kelab itu menempa nama sebagai penganjur tahunan ragbi 10s di Malaysia.
“Konsep pertandingan Cobra 10s adalah untuk menjadikan perlawanan lebih pantas serta memberi peluang kepada pemain-pemain Malaysia yang berbadan kecil memberi saingan kepada pemain-pemain misalnya dari Fiji, Australia atau New Zealand.
“Peluang seperti ini sukar dalam perlawanan 15 sebelah,” katanya,
Sempena sambutan jubli emas Cobra, sebuah perlawanan legenda melibatkan pemain-pemain tersohor terdahulu akan diadakan, kejohanan golf dan jamuan gala akan diadakan pada awal November bagi mengenang pencapaian kelab tersebut sejak penubuhan pada 8 Jun, 1967.
Pereira berkata Cobra telah muncul sebagai sebuah kelab ragbi premier di rantau ini dengan pencapaian melahirkan pemain-pemain berkaliber, menganjurkan kejohanan-kejohanan menarik serta memainkan peranan penting dalam pembangunan sukan itu di negara ini.
Selain pemain, kelab tersebut juga melahirkan jurulatih dari peringkat sekolah ke peringkat kebangsaan, pengadil serta pegawai yang arif dengan pengurusan dan pentadbiran sukan tersebut, katanya.
Pereira berkata program Ragbi Cobra untuk kanak-kanak lelaki dan perempuan berusia antara empat dan 14 tahun amat berjaya dalam memperkenalkan sukan itu kepada golongan muda serta dedikasi jurulatih tempatan dan asing meluangkan masa membimbing anak-anak muda ini dari pukul 4 hingga 6 petang setiap Ahad.
Selain itu, pasukan senior dan junior dari kelab itu turut cemerlang dengan berada dalam kedudukan atas dalam liga tempatan dan kejohanan serantau dan semua ini atas usaha dan sokongan anggota persatuan dan penyokong, katanya.
Tan Sri Krishnan Tan, bekas presiden dari 1995 hingga 2009, berkata asas yang diletakkan oleh kelab itu sudah jelas dapat melihat hasilnya hari ini dengan minat yang ditunjukkan oleh anak muda selepas alam persekolahan, pemain yang mula mewakili negeri dan pasukan negara serta peningkatan bilangan jurulatih dan pengadil.
“Cobra menjadi salah satu penyumbang kepada pembangunan sukan ragbi di negara ini dan ini terbukti dengan kejayaan pasukan memenangi kejohanan dalam negeri dan serantau serta meraih pelbagai anugerah,” katanya.
Pada 1996, kelab tersebut menerima Anugerah Kepimpinan Sukan oleh Majlis Sukan Negara (MSN) atas sumbangan mempromosi dan membangunkan sukan ragbi di Malaysia serta pada 2002, Cobra dianugerahkan Diploma IOC oleh Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa (IOC) atas sumbangan kelab itu kepada sukan tersebut. – BERNAMA
Loading...
✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2t0YSzZ
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Appear First on Khabar Melayu
Demikianlah Artikel Kelab Tersohor Dunia Dijangka Sertai Ragbi 10s Sempena Jubli Emas Cobra
Anda sekarang membaca artikel Kelab Tersohor Dunia Dijangka Sertai Ragbi 10s Sempena Jubli Emas Cobra dengan alamat link https://khabarmelayu.blogspot.com/2017/06/kelab-tersohor-dunia-dijangka-sertai.html