Judul : Kesan Bersyukur Dalam Hidup
link : Kesan Bersyukur Dalam Hidup
Kesan Bersyukur Dalam Hidup
Salam ramadhan mubarak yalls.
Aku Anis, 24 tahun dan masih menuntut di IPTA di semenanjung Malaysia.
Biasalah sebagai seorang pelajar, aku tak dapat lari dari masalah kekangan wang dan aku tahu, bukan aku seorang yang punya masalah begini hehe. Nak nak raya ni, faham-fahamlah, laki perempuan tengah kira-kira duit nak beli baju raya la, kuih raya la. Mungkin ada yang dah beli pun. Takpe, beli dengan berhemat okay, jangan boros.
Aku nak cerita pasal syukur. Mula-mula nak cakap, aku taklah warak pun hahaha biasa je. Ni cerita dari pengalaman, perbezaan pada masa yang aku tak bersyukur dan pada masa aku bersyukur.
Cerita bermula lepas aku mula sambung pengajian di peringkat u. Masa ni, segala jenis laman sosial tengah meletup, menyebabkan banyak penjual atas talian tumbuh bagaikan cendawan selepas hujan, dan benda-benda macam paid review pun meletup-letup top top top gittew. Masa ni, tiap hari aku skrol instagram tu, follow insta seller tu insta seller ni, follow artis tu artis ni, public figurenya lagi. Bayangkan dengan takde duitnya (as a student), hari-hari tengok orang post baju cantik la, beg cantik lah tapi diri sendiri tak mampu beli. Ended up, aku akan rasa frust gila-gila, sampai stressed tengok tapi itulah masalahnya, nak jugak tengok. Sape tak suka tengok barang cantik habaq mai. Haha. Haa lepas tu mula la persoalkan kenapalah aku ni miskin sangat, nak beli baju pun tak mampu tapi habiskan duit ke makanan 10 ringgit sehari boleh pula. Maksudnya kat situ, aku takdela miskin sangat kan.
Lepas tu yang paid review ni. Aku pi follow macam-macam public figures, yang asalnya follow sebab suka la dia post ayat-ayat tazkirah la apa semua, lepastu apapun tarak, timeline penuh dengan review je. Barang apa yang dia sebenarnya pakai pun aku tak tahu. Jangan marah naa. Masa ni aku tak tahu pun paid review hahah. Aku ingat depa beli sendiri, jadi aku selalu la terdetik, bestnya jadi dorang, mana dapat duit beli semua ni. Kayanyaa.
See?
Masa aku berumur 21 tahun, tengah hangat pasal kahwin muda dalam kalangan geng usrah aku dan seantero malaysia hahah. Maka aku pun tergedik sekali rasa nak kahwin, terjebakla jugak dalam gejala update status pasal imam muda lah apa lah. Kelakor bila ingat balik, gatai eh kau. Kejap je la tapi, rasa nak bagi penampar je bila ingat balik. Hmm. Oleh sebab sampai kesudah takde orang respond dengan status imam aku atau pun masuk meminang, aku frust sendiri. Dalam hati terdetik, untunglah yang kahwin awal tu, blablabla. Untunglah dah ada orang. Walhal aku ada suka dekat seorang ni, sampai kesudah dia tak layan aku. Aku harapkan diaaa je untuk reply dekat status aku, like pun jadi. Aku jadi sedih, persoalkan kenapa aku lambat. Hello! Baru 21 kott??
Lastly, bila tengok orang/kawan travel seantero alam, kita mereput dalam bilik dekat u. Sedih woo. Kadang yelah, tumpang gembira sikit tapi sedih lagi banyak. Aku dipenuhi rasa cemburu. Kalau ikutkan, setakat dalam Malaysia, aku mampu je nak berjalan sana sini. Tapi, sebab kursus aku sejenis kursus yang memerlukan banyak perbelanjaan, dan yuran. Aku pinjam PTPTN, aku kerja part time, aku buat bisness kecil-kecilan. Tapi bila dibahagi-bahagikan mengikut keutamaan, hanya tinggal kosong untuk travel, kadang adalah lebih 10ringgit. Bila tengok orang travel pergi tempat cantik2, lagi-lagi bila kita tahu orang tu pergi travel dibiayai sepenuhnya oleh ibubapa, meletus lah rasa cemburu tu. Untungnya diaa untungnya dia ulang patpulohribukali.
Nampak tak gejala tak bersyukur tu. Sepanjang hidup aku macam tu, serious, aku cepat tertekan, cepat marah. Kadang tengok orang kahwin pun aku stress haha. Rasa tak cukup tu selalu ada. Selalu sangat bandingkan diri dengan orang yang lagi berada dari aku, mana nak rasa cukupnya. Hmm. Aku lupa bila, tapi dekat 2 tahun dah kot. Aku stress sangat bila tengok seorang kawan ni pergi bukit tinggi je pun, tapi tak ajak aku haha. Aku unfollow. You know what, sebulan aku tak tengok post dia jalan-jalan, hati aku rasa tenang sikit. Haa lepas tu terus aku unfollow semua akaun jual-jual, yang suka travel, yg suka post pasal kawin muda, yang buat paid review. Lepas tu, tenang weh! Sumpah tenang! Dekat setahun aku tak kisah pasal semua tu, lepas tu aku follow balik kawan yang suka travel, tak semua. Masa ni aku tak hairan dah. Jalan lah kau nak gi mana pun, rezeki aku, kalau ada, ada lah. Tak sekarang, tua nanti insyaAllah. Cuma akaun jual-jual, paid review ni memang kesudah aku takkan follow lagi dah. Sebab benda sama je kan sekarang. Paid review pun, minggu ni cakap ni foundation yang saya paling suka, minggu depan guna ayat sama, brand lain. Hmm. Entah, malas cakap pasal ni, kang tak pasal kena sembur.
Bila dah unfollow semua tu, automatik kau dah tak rasa dengki-dengki, tak bersyukur ke apa. Aku sekarang ni, kalau rasa tak mampu dengan harga barang yang dia jual tu,memang taklah aku nak menjenguk. Aku tak kenal brand-brand ashannas, minaz(?), tahu ni pun sebab dengar kawan duk membebel tak cukup duit nak beli. Hmm.
Nak didik lagi rasa syukur tu, follow la akaun yang bantu kebajikan orang macam Muslim Volunteer Malaysia ke, AqsaPalestin ke. Baru tahu langit tinggi rendah, baru tahu, kau punya nikmat tu sangat melebihi orang lain. Orang yang dapat lebih tu, ujian dia lain. Kita ujian lain. Mereka yang sangat susah tu pun lain ujiannya.
Sekarang aku banyak follow akaun baby2 je, akaun masak adamdidam, masakwithpassion tu. Best! Korang cubalah. Fatimah budak uk tu pun aku dah follow lama sebelum dia viral hihi. Hilang stress! 🙂
Sebab apa aku tetiba nak cakap pasal ni, sebab aku ada kawan. Yess, macam aku yang dulu. Tapi dulu mana ada littlemisskhan vivyyusoff tu. Barang tahap tinggi punya. Aku sebilik dengan dia dekat setahun dah, ya Allah, boleh cakap hari-hari dia akan cakap ish bestnya banyak duit blablabla. Sebijik macam aku dulu. Aku dah rasa apa yang dia rasa, bila dia akan sedar, aku pun tak tahu. Pernahla tegur, littlemisskhan tu, duit dia takkan habis lepas beli semua benda yang dia nak tunjuk tu. Dah tu, duit ayah dia, kakak dia lagi. Awak tu yang akan stress kalau follow dia, selagi duit dia tak habis selagi tu dia akan beli lepastu tunjuk (typical). Awak stress, dia takkan terkesan apa pun. memang masuk telinga kanan, keluar telinga kiri lah jawabnya.
Nasihat aku, kalau rasa tak mampu, jauhkan diri dari follow instaseller dan orang2 kaya ni. Benda cantik takkan habis, tapi duit awak akan habis. Sekian.
P/S : Aku tak marah pun dekat seller2, atau yang buat paid review ye. Aku marah diri sendiri sebab gi follow ampa walaupun tahu aku takde duit.
Anis
Sumber & Kredit: iiumc
✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2rqKuCc
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Appear First on Khabar Melayu
Demikianlah Artikel Kesan Bersyukur Dalam Hidup
Anda sekarang membaca artikel Kesan Bersyukur Dalam Hidup dengan alamat link https://khabarmelayu.blogspot.com/2017/06/kesan-bersyukur-dalam-hidup.html