Koperal ditembak dengan pistol gas

Koperal ditembak dengan pistol gas - Hallo sahabat KHABAR MELAYU, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Koperal ditembak dengan pistol gas, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Khabar, Artikel Malaysia, Artikel Melayu, Artikel News, Artikel Perniagaan, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Koperal ditembak dengan pistol gas
link : Koperal ditembak dengan pistol gas

Baca juga


Koperal ditembak dengan pistol gas


ANGGOTA Pasukan Gerakan Am (PGA) cedera di leher selepas terkena tembakan berhampiran pengkalan haram Syarifah, dekat pekan Rantau Panjang, pada 12.40 tengah malam tadi.

Koperal Shahrul Suliman, 34, kini dirawat di Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II), Kota Bharu dan keadaannya stabil.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kelantan Asisten Komisioner Mohd Fakri Che Sulaiman ketika dihubungi mengesahkan kejadian.

Beliau berkata, ketika kejadian, mangsa bersama rakan setugas dalam perjalanan ke Balai Polis Rantau Panjang dari pengkalan haram itu.

“Dalam perjalanan, mereka menahan dua lelaki menaiki motosikal bernombor pendaftaran Thailand yang dalam keadaan mencurigakan.

"Seorang daripada lelaki itu melarikan diri dan mangsa mengejarnya. Tidak lama kemudian, berlaku tembakan. Rakan mangsa kemudian ke tempat kejadian dan melihatnya terbaring dengan kecederaan di leher.

"Mangsa dipercayai ditembak dengan pistol gas menggunakan peluru ‘bearing’ dan pemeriksaan doktor dapati ia tidak menembusi belakang badan dan tidak juga terkena organ penting.

"Kedua-dua suspek sempat melarikan diri," katanya, di sini, hari ini.

Beliau berkata, mangsa dihantar ke Hospital Pasir Mas sebelum dirujuk ke HRPZ II dan keadaannya kini stabil.

Katanya, usaha mengesan dua suspek sedang giat dilakukan dan kes itu disiasat mengikut Seksyen 3 Akta Senjatapi (Penalti lebih Berat) 1971/ Seksyen 307 Kanun Keseksaan.-HMetro Online


✍ Sumber Pautan : ☕ SARAWAKIANA

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2r4c1uP

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!



Appear First on Khabar Melayu


Demikianlah Artikel Koperal ditembak dengan pistol gas

Sekianlah artikel Koperal ditembak dengan pistol gas kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Koperal ditembak dengan pistol gas dengan alamat link https://khabarmelayu.blogspot.com/2017/06/koperal-ditembak-dengan-pistol-gas_8.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :