Judul : Lama menghilang, rupanya setahun Abang Jem kerja petik buah di Australia
link : Lama menghilang, rupanya setahun Abang Jem kerja petik buah di Australia
Lama menghilang, rupanya setahun Abang Jem kerja petik buah di Australia
Agak lama juga tidak bersua dengan pelawak Jamaludin Mat atau lebih dikenali sebagai Abang Jem.
Selalunya dia mudah ditemui apabila sering memberikan kerjasama hadir pada sidang media membabitkan persatuan artis tanah air seperti Seniman dan Karyawan.
Rupa-rupanya ada sebab kenapa artis yang popular pada era 1980-an menerusi program RTM seperti Hiburan Minggu Ini, Puspawarna dan Teka Ria itu hilang buat seketika daripada radar industri hiburan.
Ditemui pada majlis berbuka puasa Guarana bersama artis veteran dan anak yatim di Kuala Lumpur, baru-baru ini, Jamaludin, 65, memberitahu dia berhijrah ke Australia selama setahun untuk bekerja.
“Saya pergi berseorangan pada Februari 2016 dan hanya pulang semula ke Malaysia pada Mei lalu. Saya bekerja di sebuah ladang buah-buahan di sana.
“Saya pergi sendiri tanpa bergantung pada ejen. Dengar cerita gaji ditawarkan agak bagus dan itulah sebab saya buat keputusan bekerja di sana,” katanya.
Menurutnya, upah bekerja dibuat mengikut kontrak yang diberikan oleh majikan. Dia menerima bayaran sekitar A$13 dolar sejam.
“Rumah tak disediakan dan saya menyewa bersama beberapa rakan baru. Saya nasihatkan mereka yang teringin ke sana janganlah menerusi ejen.
“Mereka perlu teliti ejen yang betul kerana kadangkala apabila sampai ke lapangan terbang di Melbourne, kita ditinggalkan dan kalau nasib tak baik, disuruh pulang oleh imigresen,” katanya.
Jamaludin berkata, isteri dan anak tidak menghalang kerana memberikan kebebasan kepadanya mencari rezeki.
“Saya pun dah pencen, jadi saya ambil peluang untuk melancong. Seorang kawan mencadangkan saya untuk bekerja di sana. Kerjanya tak teruk sangat. Cuma ada ketika cuaca tak menentu kerana adakala panas dan ada ketika terlalu sejuk.
“Kadangkala buah pun tak menjadi, lalu saya diberi cuti tanpa gaji. Saya pun tak boleh tinggal terlalu lama dan hanya diberi permit bekerja untuk dua tahun saja. Namun, saya mengambil keputusan untuk balik awal ,” jelasnya.
Dia juga tidak terkecuali pernah ditipu, tapi menganggap itu lumrah bekerja di mana-mana.
“Ada yang kaki tipu dan ada juga yang okey. Alhamdulillah pengalaman dilalui bukanlah teruk sangat.
“Saya gembira kerana dapat juga duit hasil daripada berjimat cermat. Paling utama, saya bersyukur kerana tak pernah alami sebarang masalah kesihatan sepanjang berada di sana,” katanya yang berhasrat kembali aktif dalam bidang seni selepas Aidilfitri.
Sumber: Harian Metro
✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2slvTqo
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Appear First on Khabar Melayu
Demikianlah Artikel Lama menghilang, rupanya setahun Abang Jem kerja petik buah di Australia
Anda sekarang membaca artikel Lama menghilang, rupanya setahun Abang Jem kerja petik buah di Australia dengan alamat link https://khabarmelayu.blogspot.com/2017/06/lama-menghilang-rupanya-setahun-abang_68.html