Judul : Larian Obor KL 2017 Rentasi Jambatan Batang Sadong
link : Larian Obor KL 2017 Rentasi Jambatan Batang Sadong
Larian Obor KL 2017 Rentasi Jambatan Batang Sadong
SIMUNJAN (Sarawak) – Larian Obor Sukan SEA 2017 (KL 2017) bagi peringkat Bahagian Samarahan hari ini menyaksikan obor berkenaan dibawa sejauh 20 kilometer melibatkan tiga peringkat.
Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin dalam ucapan berkata larian obor itu bertujuan menaikkan semangat rakyat memandangkan Malaysia akan menjadi tuan rumah Sukan SEA.
“Sukan SEA di Kuala Lumpur tetapi semangat rakyat penting dari Arau, Perlis hingga Tawau, Sabah kita mahu rakyat bangkit bersama,”katanya.
Peringkat pertama menyaksikan Khairy bersama 350 anggota Angkatan Tentera Malaysia (ATM) membawa obor itu merentasi Jambatan Batang Sadong sepanjang 1.48 kilometer yang juga jambatan terpanjang di negeri ini.
Sebaik melepasi jambatan itu, peringkat kedua diteruskan Khairy membawa obor tersebut serta mengetuai konvoi 29 buah motosikal berkuasa tinggi dari jambatan berkenaan menuju pekan Simunjan.
Peringkat ketiga menyaksikan Khairy bersama penduduk tempatan, orang kelainan upaya (OKU) dan 150 anggota ATM membawa obor itu menuju Padang Sental di Pekan Simunjan.
Obor berkenaan kemudiannya diserahkan kepada Menteri Di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Nancy Shukri yang juga Anggota Parlimen Batang Sadong.
Turut hadir Menteri Pelancongan, Kesenian, Kebudayaan, Belia dan Sukan Sarawak Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah.
Esok larian obor akan diteruskan ke Kuching. – BERNAMA
✍ Sumber Pautan : ☕ SARAWAKIANA
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2rhXQm2
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Appear First on Khabar Melayu
Demikianlah Artikel Larian Obor KL 2017 Rentasi Jambatan Batang Sadong
Sekianlah artikel Larian Obor KL 2017 Rentasi Jambatan Batang Sadong kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Larian Obor KL 2017 Rentasi Jambatan Batang Sadong dengan alamat link https://khabarmelayu.blogspot.com/2017/06/larian-obor-kl-2017-rentasi-jambatan.html