Judul : Lucu! Bukan Maknyah, Tapi Lelaki Ini Pakai Baju Kurung Untuk Lariskan Gerainya
link : Lucu! Bukan Maknyah, Tapi Lelaki Ini Pakai Baju Kurung Untuk Lariskan Gerainya
Lucu! Bukan Maknyah, Tapi Lelaki Ini Pakai Baju Kurung Untuk Lariskan Gerainya
Memang kreatif dan juga melucukan! Gelagat seorang peniaga pakaian di Jalan TAR, Kuala Lumpur telah menarik perhatian ramai netizen.
Menerusi rakaman video yang menjadi tular di laman sosial itu, peniaga lelaki tersebut sanggup menyarungkan baju kurung moden yang memang nampak ‘terletak’ di badannya.
Ia bertujuan melariskan pakaian yang dijualnya dan turut memberikan idea kepada pelanggan tentang rupa sebenar baju kurung itu bila disarungkan pada badan.
Pendek kata, lelaki ini sanggup menjadi model kepada pakaian yang dijualnya meskipun bakal tampak seperti seorang wanita.
“Singgah kak, pilih, pilih. RM80 sahaja, percuma rantai,” begitulah antara ayat keramat yang digunakan untuk memanggil para pelanggannya.
Memang bersahaja, dengan lentik badan mengalahkan perempuan sejati. Yang melucukan wajahnya memang ‘jantan habis’.
Begitulah antara komen yang diberikan oleh para netizen. Pun begitu ada juga yang menyelar tindakan lelaki itu kerana berpakaian seperti wanita yang ditegah dalam ajaran Islam.
“Dalam Islam haram lelaki menyerupai wanita,”kata seorang netizen wanita.
Yang pastinya hanya dalam masa sehari, rakaman video berkenaan sudah mencecah lebih 25 ribu kali perkongsian.
Bagaimana pula dengan pendapat anda? Sudahkah mendapatkan pakaian untuk hari raya nanti, jika tidak bolehlah singgah ke gerai baju kurung lelaki tersebut. – CARI
Kongsi Laporan Anda
✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2trittr
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Appear First on Khabar Melayu
Demikianlah Artikel Lucu! Bukan Maknyah, Tapi Lelaki Ini Pakai Baju Kurung Untuk Lariskan Gerainya
Anda sekarang membaca artikel Lucu! Bukan Maknyah, Tapi Lelaki Ini Pakai Baju Kurung Untuk Lariskan Gerainya dengan alamat link https://khabarmelayu.blogspot.com/2017/06/lucu-bukan-maknyah-tapi-lelaki-ini.html