MBI Nafi Nyamuk Aedes Membiak Dalam Tangki

MBI Nafi Nyamuk Aedes Membiak Dalam Tangki - Hallo sahabat KHABAR MELAYU, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul MBI Nafi Nyamuk Aedes Membiak Dalam Tangki, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Khabar, Artikel Malaysia, Artikel Melayu, Artikel News, Artikel Perniagaan, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : MBI Nafi Nyamuk Aedes Membiak Dalam Tangki
link : MBI Nafi Nyamuk Aedes Membiak Dalam Tangki

Baca juga


MBI Nafi Nyamuk Aedes Membiak Dalam Tangki

IPOH – Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) menafikan tangki air yang terletak di Jalan Raja Dihilir, di sini, menjadi sarang pembiakan nyamuk Aedes sepertimana dakwaan Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ong Boon Piow (DAP-Tebing Tinggi), kelmarin.

Datuk Bandar Ipoh, Datuk Zamri Man berkata, pihaknya telah membuat pemeriksaan dan mendapati hanya nyamuk jenis kacau-ganggu yang terdapat dalam tangki terbabit.

Katanya, nyamuk jenis itu tidak berbahaya selain penggunaan ‘abate’ juga merupakan langkah yang diambil bagi memastikan tangki itu bebas daripada gangguan nyamuk Aedes.

“Kita sememangnya ada rekod berkaitan penggunaan abate itu dan kalau tak salah saya sekali setiap sebulan ia akan dibubuh ke dalam tangki tersebut,” katanya pada sidang media dalam lawatannya ke Bazar Ramadan di perkarangan Stadium Perak, di sini, hari ini.

Sebelum ini, akhbar tempatan melaporkan Ong telah melakukan tinjauan di tangki air tersebut dan mendakwa tangki itu dipenuhi jentik-jentik serta nyamuk Aedes.

Zamri berkata, pihaknya enggan mengulas lanjut berikutan ada dakwaan yang mengatakan perkara itu sengaja dipolitikkan oleh pihak pembangkang.

“Bagi kami ini isu biasa dan tugas kami adalah mentadbir dan melaksanakan tugas sebaik mungkin sepertimana yang dikehendaki oleh rakyat bandar raya ini,” katanya.

Dalam perkembangan berkaitan, Zamri berkata, MBI telah melaksanakan sejumlah 59 aktiviti gotong-royong di sekitar kawasan bandar raya sejak awal Januari tahun ini.

Katanya, aktiviti itu dijalankan bukan hanya bertujuan membersihkan kawasan sekitar malah untuk membasmi penularan nyamuk Aedes.

“Kita menerima sambutan yang menggalakkan daripada masyarakat dalam sesi gotong-royong itu dan kita turut menasihatkan mereka supaya menjadikan kebersihan sebagai asas utama dalam kehidupan,” katanya. – BERNAMA

Loading...



✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2rZWXOR

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!



Appear First on Khabar Melayu


Demikianlah Artikel MBI Nafi Nyamuk Aedes Membiak Dalam Tangki

Sekianlah artikel MBI Nafi Nyamuk Aedes Membiak Dalam Tangki kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel MBI Nafi Nyamuk Aedes Membiak Dalam Tangki dengan alamat link https://khabarmelayu.blogspot.com/2017/06/mbi-nafi-nyamuk-aedes-membiak-dalam.html

Subscribe to receive free email updates: