MELAWAT GEELY – TUN MAHATHIR

MELAWAT GEELY – TUN MAHATHIR - Hallo sahabat KHABAR MELAYU, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul MELAWAT GEELY – TUN MAHATHIR, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Khabar, Artikel Malaysia, Artikel Melayu, Artikel News, Artikel Perniagaan, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : MELAWAT GEELY – TUN MAHATHIR
link : MELAWAT GEELY – TUN MAHATHIR

Baca juga


MELAWAT GEELY – TUN MAHATHIR

1. Saya mengaku saya lawat Geely di negara China. Saya juga melawat Volvo di Sweden, Jaguar di Britain, Nissan dan Toyota di Jepun dan Volkswagen di Jerman.
2. Saya melawat banyak syarikat automotif di dunia untuk menjual Syarikat Proton. Tetapi saya gagal. Ternampak orang lain lebih berjaya, Syabas dan tahniah, saya ucapkan kepada mereka.

3. Mungkin saya gagal kerana bercakap berkenaan pembelian enjin dari Geely. Geely memiliki Volvo dan saya dapati enjin design Volvo cukup baik. Proton tidak ada enjin yang boleh diterima oleh Eropah. Jika dipasang enjin Geely/Volvo mungkin kita akan menepati spec Euro 6. Dahulu pasaran luar yang terbesar bagi Proton ialah Britain. Sekarang kita tak dapat jual barang sebiji pun kereta Proton di Britain dan di Eropah kerana tidak menepati Euro 5.

4. Saya cuba upgrade enjin Proton. Tetapi Proton tolak. Saya juga buat pick-up truck. Proton bukan sahaja tolak, tetapi tidak bersetuju jual 1000 Proton Preve yang pembeli sanggup mengalih dari sedan kepada pick-up.

5. Oleh kerana Honda tidak benar Perdana dengan enjin Accord dieksport, usaha dibuat untuk pasang enjin Campro Proton 1600cc dengan turbo charger yang mempunyai kuasa sama dengan Perdana 2000cc. Kereta ini didapati sama kuat dengan Perdana 2000cc dan mampu naik Genting Highlands tanpa sedikit pun masalah. Lagipun kos enjin Proton Campro RM8,000 lebih murah. Upgrade kepada 2400cc pun boleh. Tetapi Proton tolak.

6. Untuk cash-flow Proton perlu jual lebih dari 8000 biji tiap bulan. Tetapi Proton menjual kurang dari 8000 sebulan. Tidak dapat pendapatan yang cukup untuk bayar vendors dan overhead.

7. Vendors tidak membekal parts kerana tidak dibayar. Kereta tak dapat dipasang kerana tak cukup komponen. Keluaran rendah dari permintaan. Penjualan tidak dapat ditingkatkan. Demand ada. Bekalan kurang. Proton rugi.

8. Sejak saya tinggal Proton, pegawai dan kakitangan Proton tidak dibenar bercakap dengan saya, jauh sekali bertemu.

9. Ramai pembekal berjumpa saya untuk saya tolong dapat duit yang dihutang oleh Proton. Tetapi saya tidak boleh buat apa-apa.

10. Sebenarnya kereta Proton tidak kurang baiknya dari kereta import yang sama harganya. Tingkap automatik berjalan baik. Masalah ini diatasi 10 tahun dahulu tetapi masih disebut. Ramai yang membeli kereta Proton puas hati. Yang tidak puas hati tidak mengguna Proton, tidak tahu kualiti Proton. Mereka masih percaya cermin tingkap tidak naik.

11. Saya masih ingat zaman kereta Jepun dijadi objek ketawa kerana kononnya jika cat dikikis akan terlihat label Milo. Industri otomotif Jepun dan Korea berjaya kerana Kerajaan mereka tidak benar kereta asing diimport sehinggalah kualiti kereta mereka sudah boleh bersaing dengan kereta import. Sehingga kini pun tak banyak kereta buatan asing di negara mereka.

12. Kita terbuka. Siapa sahaja boleh pasar kereta mereka di Malaysia. Kereta kita tidak boleh masuk negara mereka kerana berbagai sebab. Dan kita akur.

13. Tak usahlah pertahan bahawa kita masih ada kereta nasional. Kereta milik orang lain, dikeluar dan dijayakan oleh orang lain, tidak boleh diiktiraf sebagai nasional. Apakah dengan pegangan melebihi 0.1% maka pihak yang memiliki 49.9% tidak punyai apa-apa kuasa langsung.

14. Ya. Memang terdapat kos yang tinggi mempertahan maruah. Lebih mudah jual sahajalah maruah.

– http://chedet.cc

.



✍ Sumber Pautan : ☕ Malaysia Chronicle

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2qRQKQW

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!



Appear First on Khabar Melayu


Demikianlah Artikel MELAWAT GEELY – TUN MAHATHIR

Sekianlah artikel MELAWAT GEELY – TUN MAHATHIR kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel MELAWAT GEELY – TUN MAHATHIR dengan alamat link https://khabarmelayu.blogspot.com/2017/06/melawat-geely-tun-mahathir.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :