Judul : Mengapa Tiada Senarai Bank Dalam Dakwaan DoJ?
link : Mengapa Tiada Senarai Bank Dalam Dakwaan DoJ?
Mengapa Tiada Senarai Bank Dalam Dakwaan DoJ?
KUALA LUMPUR – Sebarang transaksi melibatkan wang dengan jumlah yang besar pasti melibatkan bank-bank tertentu dengan dokumen transaksi yang lengkap sebagai rekod berlakunya urusan berkenaan.
Presiden Pertubuhan Minda dan Sosial Prihatin (PMSP), Ramesh Rao berkata, Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat (DoJ) bagaimanapun tidak menyenaraikan laluan transaksi antara bank dalam saman mereka untuk menyita beberapa aset yang didakwa dibeli dengan menggunakan wang 1Malaysia Development Berhad (1MDB)
“Jika DoJ benar-benar ada bukti dalam keterangan saman sivil terbaru berkaitan transaksi berkenaan, mereka perlu menyenaraikan semua bank yang terlibat.
“Sudah pasti banyak bank digunakan untuk melengkapkan transaksi berkenaan,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.
Ramesh berkata, adalah mustahil wang melibatkan jutaan USD dalam transaksi pembelian berkenaan tanpa melibatkan urusan dengan bank dan transaksi itu yang menjadi bukti dalam kes demikian.
“Senaraikan semua nama bank-bank itu dalam dokumen saman sivil dan jalankan siasatan dengan segera menyelesaikan dakwaan yang ada,” katanya. -MYNEWSHUB.CC
Loading...
✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2ruY8lA
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Appear First on Khabar Melayu
Demikianlah Artikel Mengapa Tiada Senarai Bank Dalam Dakwaan DoJ?
Anda sekarang membaca artikel Mengapa Tiada Senarai Bank Dalam Dakwaan DoJ? dengan alamat link https://khabarmelayu.blogspot.com/2017/06/mengapa-tiada-senarai-bank-dalam.html