Pakatan minta kaji semula pelaksanaan cukai

Pakatan minta kaji semula pelaksanaan cukai - Hallo sahabat KHABAR MELAYU, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Pakatan minta kaji semula pelaksanaan cukai, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Khabar, Artikel Malaysia, Artikel Melayu, Artikel News, Artikel Perniagaan, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Pakatan minta kaji semula pelaksanaan cukai
link : Pakatan minta kaji semula pelaksanaan cukai

Baca juga


Pakatan minta kaji semula pelaksanaan cukai


 Faiz Fadzil
Faiz Fadzil


SHAH ALAM - Pemuda Pakatan Harapan mendesak kerajaan mengkaji semula cadangan penguatkuasaan cukai pelancongan sebelum dilaksanakan.
Timbalan Ketua Pemuda Amanah, Faiz Fadzil berkata, cukai pelancongan itu langkah terdesak kerajaan untuk mencari dana tambahan dengan memerah poket rakyat.

“Langkah terdesak ini berpunca daripada salah urus tadbir kerajaan sehingga pendapatan negara terjejas akibat korupsi dan ketirisan perbelanjaan selama ini.
“Hutang negara yang mencecah RM683.9 bilion yang bersamaan 54.46 peratus KDNK serta kejatuhan nilai ringgit diakibatkan kehilangan kepercayaan pelabur tidak mampu dipulihkan oleh kerajaan.

“Oleh sebab itu, kerajaan tiada pilihan selain daripada mengenakan cukai baru yang regresif dan terdesak ini,” katanya dalam kenyataan media, semalam.

Faiz berkata, Pemuda Amanah bimbang polisi baharu ini yang akan diperkenalkan bermula 1 Julai tahun ini boleh menjejaskan industri perhotelan dan pelancongan kerana caj yang perlu dibayar pengguna kepada kerajaan adalah terlalu tinggi.

“Statistik telah menunjukkan kemerosotan industri pelancongan di mana menurut Laporan Tahunan Program Transformasi Negara, resit pelancongan tahun 2015 merosot empat peratus kepada RM69.1 bilion berbanding RM72 bilion bagi tahun 2014.
“Dengan bayaran tambahan ini, dibimbangkan industri pelancongan akan lebih terkesan,” ujarnya.

Sementara itu, Setiausaha Angkatan Muda Keadilan (AMK), Chang Lih Kang berkata, kerajaan tidak sepatutnya mengenakan cukai berkali ganda kepada rakyat.
“Mereka sudah terbeban dengan GST yang menyaksikan pelbagai jenis barangan meningkat secara mendadak,” katanya.


✍ Sumber Pautan : ☕ indah.com

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2s9IA7O

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!



Appear First on Khabar Melayu


Demikianlah Artikel Pakatan minta kaji semula pelaksanaan cukai

Sekianlah artikel Pakatan minta kaji semula pelaksanaan cukai kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Pakatan minta kaji semula pelaksanaan cukai dengan alamat link https://khabarmelayu.blogspot.com/2017/06/pakatan-minta-kaji-semula-pelaksanaan.html

Subscribe to receive free email updates: