Pemasangan AES di LPT2 dijangka tingkatkan lagi tahap keselamatan

Pemasangan AES di LPT2 dijangka tingkatkan lagi tahap keselamatan - Hallo sahabat KHABAR MELAYU, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Pemasangan AES di LPT2 dijangka tingkatkan lagi tahap keselamatan, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Khabar, Artikel Malaysia, Artikel Melayu, Artikel News, Artikel Perniagaan, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Pemasangan AES di LPT2 dijangka tingkatkan lagi tahap keselamatan
link : Pemasangan AES di LPT2 dijangka tingkatkan lagi tahap keselamatan

Baca juga


Pemasangan AES di LPT2 dijangka tingkatkan lagi tahap keselamatan

KEMAMAN: Pemasangan kamera Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) di beberapa lokasi terpilih sepanjang Lebuhraya Pantai Timur Fasa Kedua (LPT2) dijangka mempertingkatkan lagi tahap keselamatan pengguna lebuh raya itu.

Pengerusi Jawatankuasa Infrastruktur, Kemudahan Awam, Tenaga dan Teknologi Hijau negeri, Rosli Othman berkata ketika ini kerja-kerja pemasangan kamera AES sedang dilaksanakan antaranya di Chukai, Kijal dan Paka.

"Ia adalah langkah kerajaan untuk memastikan pengguna LPT2 tidak memandu terlalu laju sekali gus mengurangkan risiko kemalangan.

Ia satu tindakan mendidik pengguna jalan raya agar lebih berhati-hati di sepanjang pemanduan, bukan hanya bertujuan untuk saman semata-mata," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita di majlis berbuka puasa anjuran pejabat Dewan Undangan Negeri (DUN) Kemasik di sini pada Jumaat.

Ditanya sama ada AES itu akan beroperasi menjelang Hari Raya Aidilfitri tidak lama lagi, beliau berkata ia bergantung pada tempoh pemasangan sistem itu.

"Orang ramai tidak perlu bimbang kerana apabila siap, ia akan diuar-uarkan kepada orang ramai agar mereka lebih berwaspada ketika memandu di LPT2," katanya.

Mengenai haiwan ternakan yang masih berkeliaran di LPT2 pula, Rosli berkata operasi penangkapan akan dilakukan oleh Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) dan rondaan pula dilakukan oleh syarikat pengendali lebuh raya.

"Baru-baru ini ada operasi yang telah dilakukan di Kijal dan hasilnya berjaya tangkap tiga ekor lembu tapi malangnya selepas tangkapan dibuat masih ada lagi lembu lain yang berkeliaran di kawasan tersebut dan operasi akan terus ditingkatkan," katanya.

-- BERNAMA



✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2rKwMuc

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!



Appear First on Khabar Melayu


Demikianlah Artikel Pemasangan AES di LPT2 dijangka tingkatkan lagi tahap keselamatan

Sekianlah artikel Pemasangan AES di LPT2 dijangka tingkatkan lagi tahap keselamatan kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Pemasangan AES di LPT2 dijangka tingkatkan lagi tahap keselamatan dengan alamat link https://khabarmelayu.blogspot.com/2017/06/pemasangan-aes-di-lpt2-dijangka.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :