Peminat Terkejut Dakwa Shukri Yahaya Menggoda Mereka.

Peminat Terkejut Dakwa Shukri Yahaya Menggoda Mereka. - Hallo sahabat KHABAR MELAYU, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Peminat Terkejut Dakwa Shukri Yahaya Menggoda Mereka., kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Khabar, Artikel Malaysia, Artikel Melayu, Artikel News, Artikel Perniagaan, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Peminat Terkejut Dakwa Shukri Yahaya Menggoda Mereka.
link : Peminat Terkejut Dakwa Shukri Yahaya Menggoda Mereka.

Baca juga


Peminat Terkejut Dakwa Shukri Yahaya Menggoda Mereka.

KUALA LUMPUR: Pelakon terkenal,Mohd Shukri Bin Yahaya atau lebih dikenali dengan nama komersialnya Shukri Yahaya telah dikatakan cuba menggoda peminatnya sendiri.

KUALA LUMPUR: Pelakon terkenal,Mohd Shukri Bin Yahaya atau lebih dikenali dengan nama komersialnya Shukri Yahaya telah dikatakan cuba menggoda peminatnya sendiri.

Bagaimanapun mengikut laporan Berita Harian, Shukri Yahaya sendiri telah menyangkal tuduhan seorang peminat kononnya beliau cuba menggoda dirinya dengan mengajak gadis itu melakukan perbuatan tidak senonoh.

Beliau sebaliknya menganggap tindakan gadis yang difahamkan seorang pelajar itu berbuat demikian bagi meraih populariti segera dengan mengaitkan dirinya.

"Saya sendiri sedia maklum mengenai hal ini sejak pagi tadi lagi apabila beberapa pihak cuba bertanyakan kesahihan perkara terbabit.

Saya juga enggan mudah melatah kerana menganggap gadis itu ingin menjadi 'Insta famous' dan popular dalam sekelip mata.

"Kenapa isu ini dibangkitkan ketika drama lakonan saya, Andainya Takdir, mendapat perhatian? Apakah ia dilakukan bagi mencalarkan imej dan reputasi saya?" katanya ketika dihubungi BH Online, sebentar tadi.

Sebelum itu, BH Online menerima kiriman paparan skrin seorang pelajar yang mendakwa dirinya cuba digoda oleh seorang pelakon lelaki yang juga memegang status suami.

Daripada video yang dimuat naik oleh gadis terbabit, kelibat wajah seorang lelaki yang menyerupai Shukri turut kelihatan.


Menurut Shukri, kontroversi terbabit mendatangkan masalah kepada dirinya apabila beliau kini perlu berdepan dengan pelbagai pertanyaan daripada banyak pihak, termasuk keluarga.

"Saya bagaimanapun bersyukur kerana isteri, Tya Adnan, tidak mudah melatah dan percaya suaminya tidak sesekali akan melakukan perkara sedemikian.

"Lagipun, kalau saya nak buat onar, kenapa perlu meninggalkan bukti? Baiklah saya terus buat saja.

Peminat juga tahu mana yang benar dan salah," katanya. Sementara itu, pelajar yang mendakwa digoda pelakon terbabit ketika dihubungi BH Online berkata, beliau enggan mempedulikan persepsi masyarakat terhadap dirinya.

Selain menyatakan hasrat untuk melakukan perkara tidak senonoh, gadis itu turut mendakwa pelakon berkenaan meminta beliau mengirimkan gambar bogel kepadanya.  "Saya terkejut kerana wajahnya tidak sama dengan karakter sebenar beliau.

"Saya terpanggil untuk mendedahkan perkara ini kerana dia kembali mengganggu saya di WeChat dan langsung tidak menghormati bulan puasa. Lagipun, dia mempunyai isteri dan anak yang masih kecil. "Yang penting, saya dan dirinya tahu siapa yang bersalah dalam hal ini.

"Kini, terpulang kepada pelakon terbabit untuk menjadikan insiden berkenaan sebagai teladan atau terus dengan sikap hipokritnya itu," kata beliau yang mengaku pernah meminati aktor berkenaan. - Berita Harian Online



✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2slH2Kn

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!



Appear First on Khabar Melayu


Demikianlah Artikel Peminat Terkejut Dakwa Shukri Yahaya Menggoda Mereka.

Sekianlah artikel Peminat Terkejut Dakwa Shukri Yahaya Menggoda Mereka. kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Peminat Terkejut Dakwa Shukri Yahaya Menggoda Mereka. dengan alamat link https://khabarmelayu.blogspot.com/2017/06/peminat-terkejut-dakwa-shukri-yahaya.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :