Pencipta Hawaiian Pizza Meninggal Dunia

Pencipta Hawaiian Pizza Meninggal Dunia - Hallo sahabat KHABAR MELAYU, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Pencipta Hawaiian Pizza Meninggal Dunia, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Khabar, Artikel Malaysia, Artikel Melayu, Artikel News, Artikel Perniagaan, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Pencipta Hawaiian Pizza Meninggal Dunia
link : Pencipta Hawaiian Pizza Meninggal Dunia

Baca juga


Pencipta Hawaiian Pizza Meninggal Dunia


OTTAWA – Imigran Greek yang mencipta Hawaiian Pizza, salah satu piza yang popular di dunia di sebuah restorannya di Kanada lebih 50 tahun lalu telah meninggal dunia.

Sam Panopoulos menghembuskan nafas terakhirnya dalam usia 83 tahun dan baru sahaja meraikan ulang tahun perkahwinan bersama isterinya, Christina.

Mendiang meninggal dunia di sebuah hospital pada Khamis.

Panopoulos yang membuka beberapa restoran bersama adiknya, Elias dan Nikitas mencipta beberapa kejayaan menerusi hidangan Hawaiian Pizza itu.

Keenakan piza yang dihasilkan mendiang sekadar untuk suka-suka itu tersebar dengan cepat di seluruh dunia.

Pada Februari lalu, hidangan itu menjadi bahan kritikan Presiden Iceland, Guoni Johannesson. Beliau membantah penggunaan nanas di dalam piza tersebut.

Selepas dikecam ramai, Johannesson akhirnya menjelaskan beliau tiada kuasa untuk menguatkuasakan undang-undang yang melarang penggunaan nanas di dalam sesuatu piza.

Tampil mempertahankan piza ciptaannya itu, Panopoulos memberitahu stesen TV CBC bahawa “ketika saya pertama kali tampil dengan idea itu, ia hanyalah sekadar sekeping roti yang dimasak di dalam ketuhar.”

“Tiada siapa menyukainya. Namun selepas itu, mereka menggilainya kerana tiada siapa yang mencampurkan rasa manis dan masam dalam hidangan mereka,” katanya. – mStar Online


Appear First on Khabar Melayu


Demikianlah Artikel Pencipta Hawaiian Pizza Meninggal Dunia

Sekianlah artikel Pencipta Hawaiian Pizza Meninggal Dunia kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Pencipta Hawaiian Pizza Meninggal Dunia dengan alamat link https://khabarmelayu.blogspot.com/2017/06/pencipta-hawaiian-pizza-meninggal-dunia_10.html

Subscribe to receive free email updates: