Judul : Pengarah Filem Australia Didakwa Mengintip Di Kemboja
link : Pengarah Filem Australia Didakwa Mengintip Di Kemboja
Pengarah Filem Australia Didakwa Mengintip Di Kemboja
PHNOM PENH – Pengarah filem dari Australia James Ricketson yang ditahan di bandar Phnom Penh 3 Jun lalu didakwa di Mahkamah Kemboja hari ini atas tuduhan melakukan pengintipan, lapor agensi berita China Xinhua.
Jurucakap mahkamah Ly Sophana berkata selepas melakukan siasatan, Pendakwa Raya Seang Sok mengenakan pertuduhan mengumpul maklumat yang boleh menjejaskan keselamatan negara Kemboja di bawah Artikel 446 Kanun Jenayah dan meneruskan tindakan mahkamah terhadap James Ricketson.
Di bawah Artikel 446, perbuatan menerima atau mengumpul maklumat, proses, objek, dokumen, data, teknologi maklumat atau slip memorandum yang boleh melemahkan pertahanan negara dengan tujuan menyalurkan kepada negara asing atau ejen-ejennya, boleh dihukum penjara antara lima hingga 10 tahun.
Pengarah filem Australia itu ditahan oleh pihak berkuasa tempatan setelah didapati menerbangkan dron dilengkapi kamera tanpa mendapat kelulusan semasa perhimpunan parti pembangkang Kemboja, National Rescue Party berhampiran Istana Negara.
Ketika ditahan pihak berkuasa menuduhnya mengumpul maklumat untuk disalurkan kepada pihak luar negara tanpa mendapat kebenaran. – BERNAMA
Loading...
✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2s3von1
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Appear First on Khabar Melayu
Demikianlah Artikel Pengarah Filem Australia Didakwa Mengintip Di Kemboja
Anda sekarang membaca artikel Pengarah Filem Australia Didakwa Mengintip Di Kemboja dengan alamat link https://khabarmelayu.blogspot.com/2017/06/pengarah-filem-australia-didakwa.html